Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja!:Nami Island

16 OCTOBER 2015 (FRIDAY)

Pukul 4 pagi waktu Korea kami dah bangun dah bersiap-siap sebab nak pi Nami Island. tapi sebelum tu kena la isi perut dulu. Dekat Korea ni, kita boleh dapatkan nasi instant dekat convenience store. Nasi instant tu nasi betul la bukan beras ok! Dekat Korea convenience store dia ada macam-macam barang and lagi murah. Kami bawa la serunding, tuna spread, kari ayam instant, maggie. So pagi tu makan nasi dengan kari ayam. Ok la untuk mengalas perut, takdak la sedap sangat. just nice.


Lepas siap makan, pi ke tandas semua tu, kami check out dari guest house tu sebab selepas ke Nami Island, kami akan bermalam di Sokcho. Macam biasa, pi ke subway station. Dari Myeongdong station - Dongdaemun stadium station - Cheongyangni station. Lepas tu follow ja sign yang menuju ke ITX. Untuk ke Nami Island, kami memilih untuk naik train. Cepat la sikit sampai sebab nak ke tempat lain pulak lepas tu. Dekat ITX punya station tu akan ada 1 mesin dimana kita kena tap t-money kita tu. Kalau tidak nanti kena caj lebih. 


Untuk naik ITX ke Nami Island ni, dinasihatkan supaya beli tiket ITX awal-awal. Kalau hari tu nak pi baru nak beli, alamatnya tengah hari baru boleh naik train. Macam kami yang dah booked tiket online, kami just pi dekat office dia untuk claim tiket. Harga tiket pula 4,000 won per person. Train kami pukul 8.46 pagi dan sampai pada 9.28 pg. Sementara tunggu train sampai, apa lagi, picture time. 














Train dia sama ja macam train dekat Malaysia. Cuma train ni dibenarkan untuk makan. Ramai je Korean yang picnic dalam train tu. Kami, habiskan masa tengok pemandangan and tidur.


Sampai ja Gapyeong, kena la ambil teksi untuk menuju ke jetty Nami island. Cakap ja dekat driver tu Nami Island, dia akan bawa la. Tambang cuma 1,500 won. Sampai dekat jeti tu, kena la beli tiket untuk naik feri ke Nami Island. Ala. Feri dalam 10 min ja. Harga dia 8,000 won ja. Lepas beli tiket, kami cari loker untuk simpan beg pakaian kami yang kami bawa dari Seoul.

Dah simpan beg, apa la. Enjoy la!













Sambil jalan-jalan dekat Nami tu, aku perasan kedai ni la yang SuJu Leetuk dengan Kang Sora makan dalam We Got married.





























  Tengah sedap bergambar, tetiba nampak ahjuma ni jual pau kacang merah panas-panas. Time tu pulak, cuaca sejuk. Apa lagi terkam la. 1 biji, 1000 won

   
Kalau datang Nami Island, tak cuba nasi goncang tak sah la. Kami siap order Pajeon lagi. baru ummpphh dengan selera. 




Nasi goncang tu: nasi putih, kimchi, dengan telur. Then goncang dan makan.


Nasi goncang tu aku dengan cousin lelaki aku ja yang makan. Abah dengan sepupu lagi sorang makan dekat kedai Muslim yang ada dekat situ. Dekat kedai tu siap ada tempat untuk solat. So lepas makan, boleh solat dekat situ.


Lepas makan and solat, kami terus keluar dari Nami Island ni sebab orang yang nak masuk pulau ni ramai sangat. So kami beredar la bagi diorang pula peluang. Dalam pukul 2 ptg dah keluar dari Nami dah. Then kami naik teksi untuk ke Gapyeong Bus Terminal. Sampai dekat bas terminal tu, cari ja mesin tiket, dan beli tiket ke Chuncheon bas terminal. Harga just 2,900 won.

Dalam 25 min, sampai la dekat Chuncheon bas terminal tu. Then kena pula beli tiket bas ke Sokcho Intercity bus terminal. Harga 130,000 won dan mengambil masa dalam 2 jam 15 min. Bas kami time tu pukul 3.30 ptg tapi kami sampai awal. So lepak dekat stesen bas tu je la. 


Masa tengah lepak dekat stesen bas tu, aku bau, bau yang sedap sangat. Then aku ternampak la kuih ni. Nama dia Deli Manjoo. Dia ni macam kaya ball, cuma inti kastard. Sedap sangat. Manis.




Selepas 2 jam 15 min dalam bas, akhirnya sampai ke Sokcho Bus Terminal. Bus terminal ni kecil ja dan bandar Sokcho ni tepi laut. Lebih kurang macam Kuala Kedah tapi lebih maju. 







Direction ke The House Hotel: 
Go right from the bus terminal and walk downhill towards the sea. Take the second right and walk along the main street to the bus stop/telephone box, then turn right and you're welcome to The House Hostel!



Harga 1 malam 45,000 won saja. Tapi sebab kami ambil 2 bilik, jadi la 90,000 won.
Harga ni termasuk breakfast, sewa basikal, internet. 
































Malam tu lepas selesai solat, kami berjalan la sekitar pekan kecil Sokcho tu. The kami sampai dekat 1 pasar ni. Jual barang basah dan kering.







Then aku nampak la 1 kedai ni. Aku rasa familiar sangat. then baru aku ingat yang EXO pernah datang pasar ni, nak beli daging masa diorang bercuti dalam EXO Showtime.






Luhan beli benda ni la. Chanyeol dengan Suho pun makan juga. Benda ni namanya Hotteok. Dalam tu ada inti madu. Luar tu dia golek-golek dalam kacang. Tak manis sangat. Just nice.




Luhan dengan Chanyeol ambil gambar dekat sini.



Ni macam bahulu ikan tapi diorang letak yogurt dalam tu. Sedap sebab ikan tu tak manis. 



















Buah peach besar penumbuk dan manis. 



Ni la owner The House Hostel. Baik dan berbudi bahasa. Pandai cakap english pula tu. 

1 comment:

  1. Hai, boleh bagi no whatssap nak tanya ttg percutian ke korea

    ReplyDelete