Friday, September 13, 2013

Resepi : Pancakes

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Haha.. Memandangkan hari ni I tulis entry ni diwaktu pagi, so I nak la share resepi pancakes yang I buat with U olls..


PANCAKES 

Bahan-bahan (12 biji)

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu makan mentega (dicairkan)
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu makan gula putih
1 sudu kecil esen vanila*

Cara-cara

1. Asingkan putih telur dan kuning telur


2. Pukul putih telur sehingga kembang dan berbuih


3. Ayak tepung gandum dan masukkan baking powder. Gaulkan bersama.
4. Pukul telur kuning dan campurkan bersama susu dan gula.


5. Kemudian campurkan bahan basah tadi (susu, telur, gula) ke dalam tepung yang diayak


6. Apabila dah sebati, jangan lupa masukkan putih telur yang dipukul asing tadi.
7. Masukkan mentega yang telah cair tadi. I masukkan melted butter sebab I tak nak dia melekat dekat kuali masa I nak menggoreng nanti.


8. Kemudian masukkan esen vanila. Esen vanila ni option, ikutlah korang nak letak ke tak. I suka adunan I wangi.


9. Kemudian gaul semuanya sekali. Then dapatlah adunan sebegini.


Untuk menggoreng I gunakan kuali mak I ni. I tak tahu la nak panggil apa ni. Hentam je la. Asalakn boleh goreng sudah.


Then, It's time to fry..


Hasilnya..

Taaaarrraaa....


Boleh la dimakan bersama syrup atau chocolate sauce or whatever you like lah. I makan dengan syrup je sebab tu ja yang ada dekat rumah.

So, enjoy lah making this recipe at home!

Wasalam..

Travelogue: Gunung Jerai, Kedah..

Assalamualaikum..

Hai U olls. Punya lah lama I tak update. Biasa lah student, apa lagi jawapannya kalau bukan assignment. Disebabkan I dah serabut dengan assignment ni, so lebih baik I bercerita kejap dekat sini untuk menghilangkan stress.

Ok anak-anak murid, hari ni cikgu nak bercerita tentang pengalaman saya ke Gunung Jerai (bajet cikgu nak cerita dekat anak murid konon.. Puuiihhh!!)

Nak di jadikan cerita lah, abah I dah plan dengan my family lah nak p bercuti dekat situ. So dia pun mesej lah untuk menaikkan semangat ku yang sewaktu itu tengah final exam, paper MS III kut. Tak ingat dah. So, I ni yang excited sebab dah lama tak pi bercuti sama-sama teruja la U olls. So, happy lah ni nak balik rumah sebab nak pi bercuti.

Jadi petang 21 jun 2013 tu pun kami bertolak lah ke Gunung Jerai. Dari rumah I ke Gunung Jerai tu ambik masa lebih kurang 45 minit je. Dekat ja. Tak jauh mana pun. So dalam pukul 3 kami bertolak, pukul 4 macam tu sampai lah.

Bila sampai je kat atas tu, Subhanallah.. Indahnya ciptaan Tuhan.. Dengan pokok-pokoknya tambah pulak ada kabus lagi. Sejuk baq hang!


Punya lah teruja tengok pokok orkid dekat atas tu. Mak I memang suka bunga orkid. Apa lagi, ambik gambar. Memang best sangat dekat atas tu. Kalau anda mencari ketenangan yang sejati,, datang lah ke sini. (Tetiba jadi Duta Perlancongan kedah pulak!)

Disebabkan I pergi combined 2 family dan disebabkan 1 bilik 2 orang je, so terpaksa berpecah la. My mother, father and little brother dalam 1 room, My cousin and I 1 bilik and my aunt and uncle 1 bilik. jadi overall, 3 bilik lah.



This is my room. Dari luar nampak kecik je.. But wait for it..


Nah....






Memang selesa sangat-sangat. Bilik air dia pun cun. What else could I said? Just let the picture speak by themselves.


Disebabkan cuaca yang sejuk sangat, so my mother bring food yang dimasak dari rumah. Sebelum bnertolak we olls dah makan tapi biasa lah kan, kalau naik tempat sejuk, mesti lapar punya kan? Apa lagi, cari makanan lah.

 So my mother cooked, sambal udang dengan petai.. Uuuuuhhh... Terliuq cheq ni hah.. With gulai ikan. Hmmm.. Makan macam tak ingat dunia lah. Makan siap masuk selimut lagi. Sedap oohh makan time-time sejuk.


Kalau dah tempat sejuk, kena dengan air panas,, memang ummpphh lah kan. So my mother pun buat lah kopi.Tapi disebabkan she forget to bring jug, so kita buat air kopi dalam periuk nasi. Kau hado???
Please don't try this at home ok! Only in desperate time you can do this.

Senja~~~

Pagi 22 Jun 2013.. Pagi tu seawal 6.30 pagi dah bangun sebab nak pi daki Gunung jerai tu dah. Actually resort ni halfway nak ke puncaknya. So kena trekking lagi lah baru sampai. Punya lah semangat sebab ingatkan dekat puncak tu cantik lah, sekali yang ada pecawan TM je. Ku tertipu!


Kalau dah habis exercise tu apa lagi...

Laaaappppaaaaqqqq..

So, makan time lah. Makanan dekat resort ni memang marvelous lah! I bagi 5 twinkle twinkle little star lah! Excellent..



Moi sup ni the best! Mak I cakap rasa sedap macam Chinese punya cara masakkan.. Maybe mak pernah rasa kut??


Dah kenyang makan, kami pun balik ke bilik masing-masing, sambung tidur sebab check out pukul 12 tengah hari. Time tu baru pukul 8. So tidur balik lah. Pukul 12 tengah hari kami pun check out dan balik lah ke rumah..

Hah.. lupa pulak.. Terima kasih kepada penaja lokasi The Regency Gunung Jerai..

Setakat ni jelah cerita I. Kita sambung esok pulak ye. Dah nak tidur ni. Selamat malam..

Wasalam..

Tuesday, September 3, 2013

Girls Day Out

Assalamualaikum..

Tanggal 28 Ogos 2013 yang lalu, jatuhnya hari Lahir my roomate yang tersayang. Happy birthday my sayang. Dah besar dah awak. So sebagai hadiah, I dengan Mun & Annur plan nak treat her for lunch. Punyalah brainstorm last-last kami berpakat untuk pergi ke
























Seoul Garden babeh!


Disebabkan I tak pernah makan steamboat, so memang cun lah! Kami pun p dalam pukul 10.30 pg macam tu lah! Jalan-jalan cuci mata dulu sebab pakej untuk student pukul 12 tgh hari. Student lah katakan! Tepat pukul 12 je, terus serang sebab lapar gila dari pagi tak makan.

Masuk je kedai tu, kita kena bayar dulu. So, I yang buat kerja membayar and my freinds go find our place. Total harganya RM 106.40, tu sekali dengan soup yang dipilih, which I pilih Thai Tomyam Soup.


Kami ni macam first customer. So, tak ramai orang lagi. Apa lagi, bergambar lah!


Dah tak sanggup dah bergambar sebab perut lapar sangat,, apa lagi.. Serang makanan lah! Maka dengan itu, mulalah aktiviti memasak..





Memang masing-masing makan dengan berseleranya lah! Lapar katakan..



Kita suap birthday girl!!!!

Memang sedap gila lah makanan nya. Berbaloi dengan harganya. Alhamdulillah..


Thanks Seoul Garden with your good food and your service. Thanks a lot!!

Wasalam..

Travelogue : Medan, Indonesia (Part 1)

Assalamualaikum..

Bak kata pepatah "Jauh perjalanan, luas pemandangan".

This Medan trip is my first international vacation and also my first time flying in an aeroplane. This is my cousin's treat for me as I pass with flying colors in my SPM. Without have to pay anything, just exchaged RM 350 to 1 juta rupiah. Aden orang kaya!!! This trip was my cousin's company trip. So overall semua orang yang pergi ni berkerja & berduit, I sorang je yang masih belajar & yang paling muda (perlu ke mention?) So, bersama-sama mereka, I pun travel la.

This trip was on 14 May 2011-17 May 2011..


My first eva passport. Tapi sekarang dah expired. So kena renew balik.

1 juta rupian U alls. Tetiba I rasa macam orang kaya sebab 1 juta berada dalam gengaman I. Tiap-tiap hari kira takut tak cukup (jakun punya orang!)

So, our flight is on 6.15 am Malaysia's time. 2 am I dah kena bangun & bersiap because my cousin's company dekat Sungai Petani and our flight dekat Bayan lepas, Penang. Bayangkan 2 am mandi,, sejuk bak ang! Tapi gagahkan jugak sebab nak bercuti. 3 am we naik bas. Then pergi ke airport. 4 am sampai airport. Sampai je, ejen travel pun mula la bagi taklimat + segala macam benda la. Then, bag check-in. Time kitorang beratur, kaunter pun tak bukak lagi.. Punya semangat lah kan. Around 5 am, counter start buka, then dah selesai semuanya, kitorang pun check-in lah. Sebabkan flight 6.15 am, so pergi solat Subuh dulu la.


Punya tak dak kerja dekat airport, apa lagi, ambik gambar sendiri lah!

Around 6 am macam tu, diorang dah announce yang flight kitorang dah sampai. So, cari lah seatnya.


So, I sit with my cousin. Presenting Sharifah Noor Ainaa..



Around 7.15 am waktu Malaysia (6.15am waktu Indonesia.FYI, waktu Indon lewat 1 jam daripada Malaysia), kami sampai. Dah sampai kena pulak jumpa pihak imigresan untuk cop dalam pasport. Pukul 8 am, baru kami menaiki bas yang disediakan travel agent.




Perkenalkan Pak Rahmat. Travel Leader kami di sana. Baik Pak Rahmat ni. Pandai menyanyi lagu klasik Indon. Zaman-zaman Hetty Koes Endang lagi tau. Disebabkan dari 4 am kami travel from SP-Penang, jadi perut tu memang kosong la. Berkeroncong bak hang! So, depa bawak la p makan dulu. Pukul 9 pg baru breakfast, kau hado?


This is my breakfast. Bubur ayam dengan milo panas. FYI, milo dia manis gila. Entah berapa sudu dia letak. Untuk breakfast ni harganya 100,000 rupiah. Mahai gila untuk bubur dengan milo!!!! Ingat, kita berada di Indonesia, bukan Malaysia. So, jangan trkezzuuttt la. 1 problem yang I hadapi masa dekat Indon ni ialah masa nak bayar. Disebabkan mata wang terlalu besar, I selalu confuse.

Dah selesai breakfast, naik balik la bas sebab yang menuju kt Danau Toba ataupun dikenali dengan Tasik Toba. Perjalanannya dari airport sampai sana mengambil masa 8 jam. Ambik kau! 8 jam dalam bas. Kematu buntut!


Nasib baik I dapat 1 seat sorang, so tak kisah sangat. Agak kebosanan jugak la. Asyik bangun, tidur, bangun, tidur tapi tak sampai-sampai lagi. Tambah pula dengan struktur jalan 1 lorong ja dengan lorinya lah, kereta lembu lah, macam-macam. Pukul 2, kami berhenti rehat dekat sebuah restorant (tak ingat lah namanya) Pakejnya dengan lunch skali. Memang lapar gila lah! Dah bangun tidur dekat 5 kali dah, gila tak lapar!!



Memang sedap la dah perut tengah lapar. Siap tambah lagi tau! Lepas makan, solat jamak Zuhur & Asar, Then sambung balik perjalanan. Dalam pukul 5, kami sampai dekat jeti untuk ke Tasik Toba. Nak p sana kena naik boat. So tunggu boat lah.

Kita sambung bercerita pasal Danau Toba dalam next entry ok! See U alls soon..

Wasalam..