Sunday, June 29, 2014

Ice Skating @ Sunway Pyramid Ice

Assalamualaikum..

Dah lama gila aku tak update.. haha.. agaknya mesti hampa dah tau dah alasan aku pasai apa tak update blog ni dah lama.. haha.. So, disebabkan tahun ni merupakan tahun terakhir aku sebab pelajar di perantauan (perantauan ka? Shah Alam ja pun), so aku nak merasa la segala aktiviti yang tak dak kat Kedah and aku nak merasai la aktiviti tu..

Sebenarnya Kak Lina la orang yang mencadang untuk pi main ice skating ni. Sebab dia dah pernah main dah. So cincai2 kami pun join la. Disertai oleh kami 4 orang daripada 6 orang. malangnya kak Min dengan Azyan ada hal pulak.



First masuk lepas beli tiket, depa akan bagi wrist band ni. So pakai la sebab nak masuk tu kena scan wrist band ni. Kat situ tulis VIP sebab time yang kami masuk tu harganya VIP. kalau tak silap harga dia RM35 kut. Time kami masuk tu pukul 5 petang macam tu la.


Ni kaunter tiket dia.. 


Then kena pi dekat bahagian skates corner tu and ambik kasut. jangan risau kalau hampa tak tau saiz kasut hampa sendiqi, kat situ ada tempat untuk mengukur saiz kaki. jadi tak payah risau nak pikiq saiz kasut bagai.


Well, that's my shoe baby!


Maka dengan itu, mula la aktiviti memakai kasut berjemaah. Susah gila kut nak pakai kasut ni. Dah la besaq, gabak pulak tu.






Nak masuk situ kena ada stokin dengan sarung tangan. Better bawa sendiqi daripada nak beli kat situ. Mahai! Aku pun beli kat daiso ja. Murah. RM5 ja.. Hehe..


Disebabkan susah sangat aku nak pakai kasut tu, aku suruh kak Lina tolong pasangkan. 


Then hasilnya.... Begini la..



Very the pink aku hari tu. Baju, tudung, gloves dengan stokin, semuanya pink! Ahaks much!



Muka-muka sebelum nak skate. Ambik gambaq banyak-banyak dulu baqu boleh pi skate. Aku prefer duduk sebab kasut tu ada besi kat tengah kaki kita. So kalau berdiri lama-lama memang sakit la kaki tu.




Ni masa dalam Gelanggang Ais tu. Ambik gambaq kat pintu ja sebab kat dalam tu tak boleh ambik gambaq sendiri. kalau nak ambik pun kena pandai-pandai curi-curi ambik la.


  
With beloved Kak Lina..








Apa yang aku boleh conclude ialah susah gila men ice skating ni. Seolah-olah patient stroke cuba nak berjalan balik. Sepanjang dalam gelanggang tu, aku duk main kat tepi ja. Duk pegang segala apa yang boleh pegang la sebab aku tak mau jatuh. kalau jatuh, naya nak bangun balik. So lebih baik elakkan daripada jatuh.

Bagi hampa kalau nak pi main Ice Skating ni better hampa ambik kelas dia dulu sebab bila hampa men tanpa tau apa-apa, hampa akan rasa rugi bayaq sebab just duduk pegang-pegang sebab nak elak bagi jatuh, sedangkan orang len duk skate dengan jayanya.

Tu je la cerita aku untuk hari ni. Lagi 2 minggu aku akan penuhkan blog ni dengan cerita throwback yang dah berpa kurun aku nak cerita tapi tak dicerita-cerita. Apa-apa pun, wish me luck on my professional exam and we see again in 2 weeks time.

Till then, good bye and thanks for reading my blog.

Wasalam..