Monday, December 16, 2013

Berakhirlah Sudah..

Assalamualaikum...

Agak lama jugak la aku dah tak menulis (atau menaip sebenarnya). Maklum la, busy dengan praktikal lagi, exam lagi, segala macam lah.. dan akhirnya selesai sudah urusan Semester 5 ku.. Alhamdulillah.. Wow! Tahun depan dah last sem.. Getaq ngat eh memandangkan aku ni hapa pun tak cekap sangat.. kena brush up balik before professional exam nanti..

So, untuk entry kali ni, aku nak share pasal tempat posting yang aku pi sem 5 ni la. Aku bertuah la sebab posting kat sini. Physio dia, huh! Kepoh sama macam kami la..

Malas nak bebel panjang, apa lagi!

Picture time!!!!









Sebagai tanda penghargaan, kami bagi 1 bekas mini chocolate moist cake..


Extra sikit untuk entry kali ni, ada video..
Kisahnya pasal physio aku ni yang excited dapat kek daripada kami..
Enjoice!!!


Setakat tu saja entry untuk kali ni..
See ya on the next entry..

Wasalam....

Sunday, December 1, 2013

Le Familia..

Assalamualaikum...

Wah! Dah berhabuk dah blog aku ni.. Punya lama tak update cerita.. Biasa lah.. hidup sebagai seorang student,, memang lah teramat busy.. Sekarang ni pun tengah buat assignment tapi disebabkan pemalas Ya Rabbi,, aku pun tulis blog dulu lah.. Tak la mengantuk sangat..

Well.. 2 weeks ago,, abang aku dah pun selamat berkonvo.. Congratulation for that..


So parents aku pun mai la KL ni hah sebab nak pi UiTM abang aku kat Jengka nun jauh disana. Alang- alang mai KL ni,, parents aku pun nak jumpa la anak-anak yang tercinta yang ada kat KL ni.. So kami semua pun berkumpul dekat rumah mak cik aku..

Malam depa sampai tu, kami pun pi Mid Valley lah.. Melepak 1 family.. Then abah pun bertanya kan soalan..

Abah: Nak makan apa?

Aku: Tak kisah..

(Tetiba kami lalu depan satu kedai ni)

Aku: Makan kat sini je lah.. Kita share..


Restoran bertuah yang menjadi pilihan aku adalah:


Tony Roma's babeh!

So kami pun dine dekat sini lah..



Sementara tunggu makanan dan minuman yang kita order sampai,, depa bagi lah complimentary bread untuk kita makan.. Ni sebab ganti appetizer la ni.. Dia punya garlic butter tu sedap.. Aku suka sangat..
So makanan pun dah pilih, jadi masing- masing pilih air masing-masing..



For me Iced Lemon tea la.. My fav..


Adik aku pilih Revive Isotonic..


Abah pulak pilih Cranberry Juice.. Memang masam dan tak manis sangat.. sesuai untuk abah.. 


 Last sekali, mak pilih fresh Orange juice..

Dan apabila makan tiba..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Taarrraaa... Lamb ribs yang cukup lembut bersama French Fries and Mashed Potatoes.. Sedap sangat mashed potatoes dia.. Rasanya dia gaul dengan butter sikit tu..


1 lagi dish Beef steak dengan corn in stick and Poached broccoli.. memang juicy gila daging dia.. sedap sangat..

Memang kenyang la makan kat situ..

Lepas tu aku mintak seorang waiter ambik gambar kami sekeluarga tapi abang aku tak dak sebab dia tak balik dari outstation lagi.. 







 
#OOTD Selendang: Jalan TAR, Cardigan: BTS, Kasut: Crocs


Well..
That's all; from me for this time..
Till we see again in my next story..

Wasalam...

Friday, November 8, 2013

Welcome to Big 2-0

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menulis.. Dah dekat sebulan lebih agaknya.. Biasa la hidup sebagai seorang medical student.. Posting je kerja nya..

Well.. Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya.. So kalau dah dekat-dekat hujung tahun ni,, memang favourite aku lah.. Sebab birthday aku hujung-hujung tahun.. Susah betul kalau birthday lambat ni.. Nak ambik lesen pun lambat..

Thanks pada semua yang wish birthday.. I really appreciate that kawan-kawan semua ingat my birthday.. Sob3.. (Terharu lah pulak!)

Although tak dapat sambut dengan family yang tercinta,, dapat sambut dengan kawan-kawan pun ok lah!
Thanks to mu dearie roomate sebab beri hadiah pada aku.. Love you so much la!



Disebabkan birthday aku jatuh hari Khamis,, dimana hari tu semua orang bekerja,,so memang tak ada sambutan lah..


But thanks to my beloved firends,, they make suprise party to me (tak lah macam party sangat).. Sangat-sangat terharu dan tak sangka gila.. Sebagai hadiahnya,, they do picnic birthday celebration.. Gitu!! Picnic kau!


So,, they belanja aku dengan dominos pizza gitu.. Haha.. love it lah..
Well.. Dengan itu,, aku persembahkan himpunan gambar-gambar lah..
They said 'picture speak more 1000 words..'
So.. Enjoyyyssss...











Well.. That's all.. Thank you so much for all the effort that you guys have made.. I can't thank you more,, only Allah will reply your kindness..

Love U alls so much!!!!

Friday, September 13, 2013

Resepi : Pancakes

Assalamualaikum..

Selamat pagi.. Haha.. Memandangkan hari ni I tulis entry ni diwaktu pagi, so I nak la share resepi pancakes yang I buat with U olls..


PANCAKES 

Bahan-bahan (12 biji)

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu makan mentega (dicairkan)
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu makan gula putih
1 sudu kecil esen vanila*

Cara-cara

1. Asingkan putih telur dan kuning telur


2. Pukul putih telur sehingga kembang dan berbuih


3. Ayak tepung gandum dan masukkan baking powder. Gaulkan bersama.
4. Pukul telur kuning dan campurkan bersama susu dan gula.


5. Kemudian campurkan bahan basah tadi (susu, telur, gula) ke dalam tepung yang diayak


6. Apabila dah sebati, jangan lupa masukkan putih telur yang dipukul asing tadi.
7. Masukkan mentega yang telah cair tadi. I masukkan melted butter sebab I tak nak dia melekat dekat kuali masa I nak menggoreng nanti.


8. Kemudian masukkan esen vanila. Esen vanila ni option, ikutlah korang nak letak ke tak. I suka adunan I wangi.


9. Kemudian gaul semuanya sekali. Then dapatlah adunan sebegini.


Untuk menggoreng I gunakan kuali mak I ni. I tak tahu la nak panggil apa ni. Hentam je la. Asalakn boleh goreng sudah.


Then, It's time to fry..


Hasilnya..

Taaaarrraaa....


Boleh la dimakan bersama syrup atau chocolate sauce or whatever you like lah. I makan dengan syrup je sebab tu ja yang ada dekat rumah.

So, enjoy lah making this recipe at home!

Wasalam..

Travelogue: Gunung Jerai, Kedah..

Assalamualaikum..

Hai U olls. Punya lah lama I tak update. Biasa lah student, apa lagi jawapannya kalau bukan assignment. Disebabkan I dah serabut dengan assignment ni, so lebih baik I bercerita kejap dekat sini untuk menghilangkan stress.

Ok anak-anak murid, hari ni cikgu nak bercerita tentang pengalaman saya ke Gunung Jerai (bajet cikgu nak cerita dekat anak murid konon.. Puuiihhh!!)

Nak di jadikan cerita lah, abah I dah plan dengan my family lah nak p bercuti dekat situ. So dia pun mesej lah untuk menaikkan semangat ku yang sewaktu itu tengah final exam, paper MS III kut. Tak ingat dah. So, I ni yang excited sebab dah lama tak pi bercuti sama-sama teruja la U olls. So, happy lah ni nak balik rumah sebab nak pi bercuti.

Jadi petang 21 jun 2013 tu pun kami bertolak lah ke Gunung Jerai. Dari rumah I ke Gunung Jerai tu ambik masa lebih kurang 45 minit je. Dekat ja. Tak jauh mana pun. So dalam pukul 3 kami bertolak, pukul 4 macam tu sampai lah.

Bila sampai je kat atas tu, Subhanallah.. Indahnya ciptaan Tuhan.. Dengan pokok-pokoknya tambah pulak ada kabus lagi. Sejuk baq hang!


Punya lah teruja tengok pokok orkid dekat atas tu. Mak I memang suka bunga orkid. Apa lagi, ambik gambar. Memang best sangat dekat atas tu. Kalau anda mencari ketenangan yang sejati,, datang lah ke sini. (Tetiba jadi Duta Perlancongan kedah pulak!)

Disebabkan I pergi combined 2 family dan disebabkan 1 bilik 2 orang je, so terpaksa berpecah la. My mother, father and little brother dalam 1 room, My cousin and I 1 bilik and my aunt and uncle 1 bilik. jadi overall, 3 bilik lah.



This is my room. Dari luar nampak kecik je.. But wait for it..


Nah....






Memang selesa sangat-sangat. Bilik air dia pun cun. What else could I said? Just let the picture speak by themselves.


Disebabkan cuaca yang sejuk sangat, so my mother bring food yang dimasak dari rumah. Sebelum bnertolak we olls dah makan tapi biasa lah kan, kalau naik tempat sejuk, mesti lapar punya kan? Apa lagi, cari makanan lah.

 So my mother cooked, sambal udang dengan petai.. Uuuuuhhh... Terliuq cheq ni hah.. With gulai ikan. Hmmm.. Makan macam tak ingat dunia lah. Makan siap masuk selimut lagi. Sedap oohh makan time-time sejuk.


Kalau dah tempat sejuk, kena dengan air panas,, memang ummpphh lah kan. So my mother pun buat lah kopi.Tapi disebabkan she forget to bring jug, so kita buat air kopi dalam periuk nasi. Kau hado???
Please don't try this at home ok! Only in desperate time you can do this.

Senja~~~

Pagi 22 Jun 2013.. Pagi tu seawal 6.30 pagi dah bangun sebab nak pi daki Gunung jerai tu dah. Actually resort ni halfway nak ke puncaknya. So kena trekking lagi lah baru sampai. Punya lah semangat sebab ingatkan dekat puncak tu cantik lah, sekali yang ada pecawan TM je. Ku tertipu!


Kalau dah habis exercise tu apa lagi...

Laaaappppaaaaqqqq..

So, makan time lah. Makanan dekat resort ni memang marvelous lah! I bagi 5 twinkle twinkle little star lah! Excellent..



Moi sup ni the best! Mak I cakap rasa sedap macam Chinese punya cara masakkan.. Maybe mak pernah rasa kut??


Dah kenyang makan, kami pun balik ke bilik masing-masing, sambung tidur sebab check out pukul 12 tengah hari. Time tu baru pukul 8. So tidur balik lah. Pukul 12 tengah hari kami pun check out dan balik lah ke rumah..

Hah.. lupa pulak.. Terima kasih kepada penaja lokasi The Regency Gunung Jerai..

Setakat ni jelah cerita I. Kita sambung esok pulak ye. Dah nak tidur ni. Selamat malam..

Wasalam..