Thursday, September 24, 2015

It's bowling time..

Assalamualaikum w.b.t

Ya Allah.. Dah lama gila aku tak update blog ni.. sorry la U alls.. I alls busy dengan posting.. maaf sangat-sangat.. Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan tapi tak berkesempatan.. Maaf lah ye..

So untuk entry hari ni, aku nak ceritakan pasal aktiviti dengan bebudak kelas.. Yelah,, lepas ni semua dah grad dan akan ikut haluan masing-masing,, so kita buat la aktiviti yang boleh semua orang join.. So lepas pencetus idea memberikan idea untuk pi men bowling, so kita ikutkan je la..

Tanggal 19.2.2014 bertempat di Bowling Ole-ole seksyen 18, kami pun berkumpul disana.. kalau tak silap ada 10 kumpulan dimana 1 kumpulan mengandungi 3 orang.. Jom kita berkenalan dengan ahli-ahli kumpulan..


Group 1: Me, Pui Hwa, Siti Norha


Group 2: Datin Min, Lina Marini, Amalina


Group 3: Siti Ainnur, Rahila, Kogi


Group 4: Nia, Preya, Sakinah


Group 5: Azyan, Annur, Lava


Group 6: Haziq, Abdullah, Hawa


Group 7: Elida, Miss Syamiza, Khalisah

Group 8: Nur Arina, Juriah, Zuliman


Group 9: Amirul Hazim, Milya, Khoo (Yang baju hitam putih: Kang)


 Group 10: Mun, Ida, Akhram

Well... Tu lah ahli kumpulan untuk setiap group.. So dah habis berkenalan,, apa lagi.. Jom kita main..!!!


Lepas dah habis main, kmi pun bergerak la ke KFC yang berdekatan dekat tempat bowling tu. Lecturer yang belanja makan.  




Muka sorang-sorang excited dapat makan KFC.

Bila depa nak umumkan sapa juara untuk pertandingan bowling, time tu la rasa paling nervous sekali.



Dan alhamdulillah, kumpulan kami menjadi juara tempat pertama malam tu. Masing- masing pun dapat la habuan masing-masing. Yang pasti malam tu enjoy gila sebab semua orang enjoy and semuanya bersungguh-sungguh untuk jadi juara. 









Being Warded..

Assalamualaikum w.b.t

Dalam lama gila aku tak tulis walaupun aku sorang ja yang duk baca.. Yela, blog ni macam diari aku la.. kat sini jela tempat untuk aku memahatkan kenangan dan pengalaman aku supaya sentiasa segar dalam ingatan aku.. Cewah...

Baru-baru ni aku kena admitted dekat wad dan kena jalani minor operation. Meh aku cerita lahu mana sampai kena operate bagai ni...



Nak dijadikan cerita la, pada 22.3.2015, hari Ahad aku tengah bekerja la, treat pt berbagai jenis kes. Pagi tu dah breakfast, so bila dah makan, al maklum la lumrah alam kan.. Sedang aku duk buat patient, tetiba aku rasa pelik dekat bahagian punggung aku. Rasa macam seolah-olah ada benda lekat dicelah-celah. Time tu aku malas la nak melayan lagi sebab pesakit ramai gila, kalau aku duk layan sakit tu memang tak jadi kerja la.

Selesai ja patient semua, aku pun check la kat bahagian punggung aku. Aku palpate la tengok kut-kut ada apa-apa yang melekat. Sekali aku rasa macam ada bulging dekat situ. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Then, petang tu balik rumah, still rasa sakit lagi la..

Keesokkannya, aku pun pi la jumpa doktor dekat Klinik aku ni.. Punya la aku duk cerita panjang berjela, dia bagi aku ubat untuk makan ja. Aku ingatkan dia nak check la tengok apa yang patut. Tapi dia tak check pun. Malam tu aku habaq kat mak aku cakap yang sakit sangat dekat buntut tu. then mak aku volunteer nak check bontot. Aku segan hah, Tuhan saja yang tau.

Sekali mak aku check, besar biji kacang kat buntut tu, dengan merah nya lagi. Mak aku terus suruh pi jumpa doktor pakar esok. Hari Selasa, 24.3.2015, pagi tu aku still pi kerja lagi sebab dekat klinik tinggai aku sorang. Kesian pulak kat patients kalau aku cancel appointment depa. So aku gagahkan jua pi kerja jugak walaupun sakit tu Allah saja yang tau. Sempat la buat 5 orang patient, aku dah start sakit tahap gaban. Sampai nak duduk pun sakit. Terus la aku suruh PPK aku cancel patient and aku headed straight to Hospital Sulatanah Bahiyah.

Sampai dekat hospital, terus aku daftar dan jumpa doktor Colon. Dia interview aku sat, lepas tu dia check la bontot aku. Lepas dia siap check dia cakap la yang aku kena operate untuk buang darah dalam ketulan tu. Time tu aku rasa macam nak teriak sangat-sangat sebab aku tak sangka yang aku kena warded.


Dalam pukul 11 pg macam tu aku masuk dalam wad, tukar baju then doktor incharged mai la interview untuk key in information pasal patient. Aku dah la lemah sikit bab-bab jarum ni. Sekali bila doktor cakap nak cucuk branula dekat tangan, aku start la cold sweat. Dia cucuk ja jarum dekat tangan tu, mak oii.. Sakit woh! Lepas dia dah cucuk boleh pulak dia cakap nak cabut balik sebab darah tak keluar. Aku terus cakap no la sebab nak masuk tu pun seksa, nak main cabut, masuk pulak.Last-last doktor cakap dia ambik darah macam biasa la. Time tu la tangan aku start cyanosis terus. Jadi purple terus tangan aku.



Lepas je doktor tu nampak muka aku pucat, dia terus kalut tanya aku okey ka? Aku cakap la yang aku ni lemah sikit kalau bab cucuk-cucuk ni. Mesti automatik muka jadi purple terus. Bila aku dah relax sikit, dah okey la badan aku.


Dah siap insert branula tu, mai la akak nurse nak masukkan Drip. Bila air tu masuk memang tak rasa apa-apa pun. Sementara nak tunggu operation teater tu kosong, duduk la aku kat dalam bilik tu. Memang bosan gila ok! Sampai tak tau nak buat apa. Tertidur ja sat, ada la nurse mai nak check BP, IV la, macam-macam. Aku terlena kejap, akak cleaner pulak mai. Memang jawapannya tidur pun tak nyenyak jugak.

Dalam pukul 6 petang macam tu aku dah start rasa lapar. Aku tanya akak nurse kalau aku nak minum air kosong boleh dak. Dia tak bagi sebab dia takut ada complication dalam surgery nanti (takkan lah? Air kosong ja). Lepas Maghrib tu, mak dengan abah mai. Mak siap bawa kerja lagi buat dalam bilik aku sebab nak tunggu turn surgery lambat sangat. Abah siap ulang alik tanya doktor bila nak buat surgery tu.

Akhirnya dalam pukul 10 malam, nurse mai bawa baju putih untuk aku pakai masuk operation theater. Masa tukar baju tu tak rasa apa lagi. Masa dia suruh aku baring atas katil, nak usung pi OT, time tu aku rasa berdebar gila. Sejuk habis 1 badan. Rasa seram pun ada jugak. Aku duk pegang tangan mak aku ja. Aku rasa saream sangat. Pastu mak duk suruh aku selawat je la. Mak kata Insya Allah semuanya selamat. Lega aku dengan mak cakap lagu tu.

Masa dalam OT tu, first depa bawa aku jumpa Anesthesia dulu. Memang sejuk dalam OT tu. Anest bg choice nak half body paralyze atau whole body. Aku pilih half body ja sebab kalau whole body akan dibantu dengan oksigen and memang lambat la kalau nak sedar. Bila half body paralyze, depa akan cucuk dekat spine. Kalau tak silap epidural dengan morfin. Lepas cucuk dua-dua tu, kaki akan jadi paralyze and kita takkan rasa apa.

Operation tu kejap ja, dalam 30 min. Lepas keluar OT tu, depa akan bawa pi bawah heater untuk panaskan badan. Tetiba ja badan aku menggigil teruk tahap gaban. Time tu aku tengah sembang dengan anest. Dia cakap tu effect morphin dalam badan. Lepas tu dia cucuk ubat apa tah dalam badan untuk stop shivering tu. Kesan ubat tu akan jadi lali.

Lepas siap operate, aku bagitau nurse untuk called abah. Aku bagi nombor kat depa. Dalam pukul 3 pg macam tu, abah mai dengan adik bawa nasi goreng dengan milo panas. Time tu memang tengah lali sebab kesan ubat tu, aku sedut air milo sikit ja. Lepas tu, terus tidor.

Esok pagi, aku bangun nak salin baju sebab nurse suruh. Bangun ja kepala terus jadi berat. Terus la aku muntah hijau weh! Habis basah baju yang aku tengah pakai tu. then aku gagah jugak untuk tukar baju. Memang time tu, aku tak peduli apa la.. Time tengah hari pun aku makan 1 sudu nasi ja. Tu pun aku muntah dulu baru makan nasi.

Bila balik rumah, aku mandi dan terus tidor ja. Tak makan apa pun. Proses nak baik pun ok la. Tak makan masa lama.






So sekarang ni aku dah rasa la macam mana masuk wad. Tapi sekarng ni, penyakit tu mai balik tapi tak dak la mengganggu aktiviti seharian aku. Mungkin kena op lagi? Who knows?

WASALAM... XOXO