Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja! : The Preparation

Assalamualaikum W.B.T

Yes! This is a travelogue post. Sebenarnya aku plan nk pi Korea ni sebelum aku start kerja lagi. Aku dah niat kalau aku dah start kerja, aku akan kumpul duit untuk pi Korea. So alhamdulillah plan aku perlahan-lahan menjadi kenyataan. Sebelum aku decide dengan sapa aku nak pi, macam macam cabaran la yang aku hadapi.

1. Decide untuk pergi dengan travel agent or sendiri?
Masa mula-mula memang plan nak pi dengan travel agent. Siap dah contact travel agent tu. Tapi lepas banyak kali berbincang dengan ahli-ahli jemaah yang lain, Last-last pi sendiri lagi senang sebab tak terikat dengan jadual oleh travel agent. Kadang-kadang travel agent kejar masa, tak sempat nak menikmati pemandangan.

2. Flight expenses.
    Malaysia Airlines

    AOR-KUL-AOR : RM212.00


    KUL-ICN-KUL: RM 1278.00

    Eastar Jet (Flight ke Jeju)
    
    Gimpo- Jeju-Gimpo : RM 374.50 (Booked internet)





3. Siapa lagi ahli-ahli jemaah yang nak join?
    - Thankfully aku ada cousin yang gila Korea jugak. In the end, 4 orang saja yang join which is aku, abah and two of my cousin. Actual plan aku nak bawa mak juga tapi sebab mak tengah last sem of degree, so malas nak kacau.



4. Where to go?
     For this part, aku serahkan pada sepupu perempuan aku yang arif lagi bijaksana untuk menentukan.



5, Passport?
    - Kebetulan masa nak booked tiket MAS, dia minta no passport and at a same time, passport kami 4 orang semuanya dah mati. Pakat kalut habis la semua renew passport. Untuk renew passport kena charged RM200 untuk 5 years.




6. Which season yang kami plan nak pi?
    - Sebenarnya aku tak decide ikut season pun. Yang pasti aku nak pi time birthday aku sebab nak sambut birthday dekat sana which is October, Kebetulan pulak bulan October is Autumn. So kira cun la tu.

7. Kakitangan kerajaan macam mana nak pi?
    - Untuk semua kakitangan kerajaan, kena isi borang permohonan ke luar negara dulu sebelum pi at least 1 month before. Download dekat internet ja.





Borang yang first ni wajib kena isi semua.

  
Bahagian ni untuk yang selalu ulang-alik saja. Kalau nak pi bercuti, tak payah isi.




Then hantar dekat Pegawai daerah untuk sokong dan borang tu akan dihantar ke JKN Negeri.



 Ni borang bererti kelulusan kita dah diluluskan. Dah sah boleh keluar negara.



8. Baju nak bawa berapa helai?
   - Untuk trip ni, aku spend 10 days dekat Korea. So aku bawa ja 5 helai baju. 3 seluar jeans, basuh, then rotate ja. Jimat.

9. Currency?
    - At time aku nak pi 100 won= RM3.60 (Sept 2015). Aku bawa RM 3 600= 1 juta won.




Korea! Ga Ja!: Depature Day.

14 OCTOBER 2015 (WEDNESDAY)

This is it. Finally. After almost a year waiting and planning, the day come!


Flight aku ke Kuala Lumpur pukul 1.30 petang. Jadi pagi tu aku spend time buat last check takut tertinggal benda-benda penting.


Dalam 2.30 petang macam tu aku dah sampai KLIA. Sementara nak tunggu flight ke Korea pukul 11.30 malam tu, kami ronda la sekitar KLIA dengan KLIA 2 dulu. Saja nak buang masa.













Malam tu memang ramai orang dekat KLIA. Sambil-sambil ronda tu, sempat la jumpa dengan geng-geng FAM baru balik game la kut.

Untuk flight ke Korea, kami kena naik aerotrain sebab kapal terbang parking dekat bangunan terminal 1 lagi.

Punya la tunggu. last-last dapat la juga boarding flight. Time tu memang dah ngantuk sangat. MAS akan bagi selimut, bantal dan juga earfon untuk semua penumpang dan seat dia pun selesa. Tak sempit sangat.





Dalam 30 minit dah naik atas awan. Diorang start serve supper. Sedap juga la. Aku makan dulu sebelum tido.



Untuk flight internation dia ada bagi tv untuk kita. So pilih la nak tengok movie ka, kartun ka dengar lagu ka. It's up to your choice.





Tapi memang aku tak tengok la tv tu sebab aku mengantok gila. Lepas ja makan snek tu, terus la good night.

Korea! Ga Ja! : Arrival Day

15 OCTOBER 2015 (THURSDAY)

Dalam pukul 4 pagi macam tu, steward and stewardess akan nyalakan lampu untuk serve breakfast. Usually breakfast 2 hours before landing sebab diorang nak kemas lagi kan. Aku still lagi menagtuk sebab tak selesa sangat tidur atas kerusi tapi biasa la lumrah seorang traveler.




Nasi lemak yang panas. Satu dulang ni punya makanan memang kenyang sangat.


Malam tu steward and stewardess akan bagi 2 borang ni untuk kita isi. Ni declaration form yang membenarkan kita stay dekat Korea at least 3 month. Jangan risau, borang ni steward dengan stewardess akan bagi.





Lepas siap breakfast, steward/stewardess akan bagi minuman panas pula. Boleh choose coffee or tea. Memang sedap minum sejuk-sejuk dalam flight tu. Bak kata sorang steward, tea di ketinggian 400 000 kaki.

Then kapten akan announce yang lagi beberapa minit lagi akan sampai. Aku pun bosan, aku ambil gambar la.





Dalam pukul 7.10 waktu Malaysia aku sampai dekat Korea. Perbezaan jam hanya la 1 jam sahaja. Jadi cepat-cepat ubah jam jadi waktu Korea. Masuk ja dalam airport tu aku terus pi toilet untuk cuci muka, gosok gigi dulu sebelum ke kastam. Line dekat kastam memang ramai orang.

Dalam 15 minit selesai la urusan kastam, ambilk beg, terus keluar ke arriving gate. Benda pertama aku cari Banana Uyu ( susu pisang) yang digembar gembur oleh semua orang kalau datang Korea. Keluar ja dari arrival gate tu pusing kiri, terus nampak 7e. Aku terus serang la alang-alang nak cari susu dengan topup T-money.




Rasa dia macam makan dadih perisa pisang tapi dalam bentuk air. Aku ni jenis orang yang tak suka susu tapi susu ni aku boleh telan sebab bukannya rasa susu yang melampau dan bau dia wangi. T-money ni macam touch n go card. Widely used for subway and buses. Harga t-money tu 10,000 won ja and aku topup 50,000 won dalam tu. 50,000 won for 10 days.

Korea! Ga Ja! : The first day

15 OCTOBER 2015 (THURSDAY)

Settle minum susu, terus kami mencari bas untuk ke guest house. Guest house yang kami pilih ialah Namsan Guest House 5 yang terletak berdekatan dengan Myeongdong. Untuk ke guest house, kami ambil airport bas 6015 yang sedia menunggu di Exit 5 Incheon airport. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak 10,000 won dan kami menggunakan t-money. Suhu time aku sampai tu dalam 10°C.



Bas ni akan start dari Incheon Airport dan akan pusing sekeliling Seoul. Bas ni lalu depan KBS. Besar juga KBS ni. Bas ni akan pusing tempat lain juga tapi guest house kami terletak dekat last stop iaitu Sejong Hotel. Sampai ja dekat stop tu, kena lintas jalan dan jalan naik bukit sikit. Ada 2 persimpangan dekat situ, pilih lorong sebelah kanan anda. Jalan straight saja and anda akan lepasi namsan guest house 2. Naik atas lagi and anda akan nampak sign hotel tu sebesar alam.









Antara fasiliti dekat guest house tu.Sebenarnya ada juga rooftop atas tu. tempat sidai kain tapi aku tak sempat ambil gambar. Dari atas tu boleh nampak namsan tour. Guest house ni dekat saja dengan namsan tower surprisingly aku tak pi pun Namsan Tower padahal jarak ciput ja.



Ni reception guest house ni. Dekat tingkat B1. Time aku ambil gambar ni waktu pagi so diorang tutup tingkap tu. 1 malam 65,000 won untuk 2 orang 1 bilik. 65,000 won x 6 malam= 390,000 won x 2 bilik = 780,000 won. Harga tu termasuk free internet, breakfast, washing machine. laundry.











So, bilik pun dah dapat. Terus aku masuk bilik, mandi. Dah seharian tak mandi, lega bila dapat mandi. Bilik ni tak da aircond atau pun kipas sebab udara memang sejuk. Tingkap dia ada dua lapis. ! lapisan ada jaring dan 1 lagi tingkap biasa. Selalunya aku buka tingkap biasa dan tinggal yang jaring tu supaya angin luar boleh masuk bilik.

Dah siap mandi, dalam pukul 12 tengah hari macam tu, kami semua dah start lapar. So kami menuju ke Itaewon sebab nak pi kedai Korean Muslim yang jual masakan Korea. Keluar dari guest house tu terus straight ke subway station dekat situ. Dari Myeongdong station, naik train yang menghala ke Samgakji, then tukar ke line 6 warna purple, menuju ke Itaewon station. Kemudian keluar dekat exit no 3.


Bila dah sampai depan restoran tu, tak pikir panjang dah. Perut dah menyanyi macam-macam lagu dah sebab last makan pagi tadi dalam flight. So kami decide untuk ambil semua menu yang ada petang tu. Dari kiri atas: jjangbap (nasi kuah kicap), bulgogi, samgetang (nasi dalam ayam) dan haemul japtangbap.








Memang kenyang dan sedap. Yang paling sedap bulgogi tu sampai kami tambah 1 set lagi. Dan makanan pun tak mahal. Bila perut dah kenyang, kami terus la menghala ke masjid untuk bersolat Jama'. Jalan depan sikit ja dari restoran tu, terus sampai.











Dekat kawasan Itaewon ni banyak orang Turki. Diorang banyak berniaga dekat area-area sini. Ada supermarket yang jual barangan halal untuk penduduk Muslim dekat Korea ni. Orang asing pun ramai yang datang dekat sini. tapi mostly Muslim la.





Lepas dah kenyang makan, kami balik Ke Myeongdong balik. Nak la rasa suasana malam di Myeongdong. Orang selalu cakap yang waktu malam la yang paling happening sekali. memang betoil. Ramai gila manusia time malam dan banyak street vendor yang jual macam macam barang.




Hari first aku dah habis 100,000 won beli kosmetik dengan Chanyeol bawa balik. Abah siap remind lagi yang ada 9 hari lagi. Haha. Nature republic ni bangunan dia yang paling besar sekali. takkan sesat kalau nak cari.






For those yang curious macam mana aku boleh update gambar dekat Instagram, twitter, facebook, sebenarnya aku sewa portable wifi yang dipanggil egg wifi tap;i bentuk tak macam telur pun. Untuk pendahuluan bayar 10,000 won dan 5,000 hari berikutnya.