Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja! : Brooch hunting

21 OKTOBER 2015 (WEDNESDAY)

Assalamualaikum and good morning everyone! Pagi ni dah nak balik ke Seoul setelah habiskan 3 hari 2 malam di Jeju. Sebelum bertolak ke airport, kami bersarapan di guest house dulu. harga guest house ni include sekali dengan breakfast. Breakfast dia bagi dengan cereal, muffin, friuts, yogurt, eggs, milk, coffee and tea. Pilih la nak makan apa. Aku siap bungkus muffin lagi untuk bawa ke airport sebab nanti lapar dekat airport.

Dalam pukul 10 pagi, kami berjalan keluar dari guest house ke tempat bas untuk ke airport. Tempat yang sama iaitu dekat New Kyeong-nam Hotel, pilih la bas 6001 ke Gimpo airport. Tambang harga 10,000 won  Disebabkan guest house ni jauh dari airport, sempat la tidur dalam bas dulu. Dalam sejam juga jarak perjalanan. 

Dah sampai airport, check in bag dan juga orang. Dah selesai check in, kami ronda-ronda sekitar airport Jeju, tengok apa yang menarik. Flight kami pukul 1.30 petang. So banyak masa lagi.

Bila time untuk fly, dalam plane pun aku tidur juga sebab dah beberapa hari ni asyik bangun awal dan berubah-ubah tempat. Penat sebenarnya tapi berbaloi la dengan wang ringgit yang dihabiskan.

Dari Gimpo Airport - Dongdaemun HnC - Myeongdong station. Sampai guest house kami bersolat Jama', rehat sekejap and bersiap untuk brooch shooping di Namdaemun. Dari Myeongdong station - Hoehyeon station keluar exit 5. Kemudian cari tempat nama E-Lendang. Dekat situ la syurga brooch and aksesori wanita.



Pilih akak pilih!


Lepas dah siap shopping, perut meragam la pula. lapar katanya. Kami buat keputusan untuk makan di Myeongdong ja. So balik guest house dulu. Freshen up diri dulu. Baru best nak jalan.

Dekat Myeongdong ni kami banyak cuba street food sebab makanan Korea ni kan unik-unik dan rasanya lain dari Malaysia. 


Buah berangan yang dah dibuang kulit dan besar sebiji-sebiji.




Gaeranpang, roti yang atasnya telur. Sedap bila makan panas-panas dengan cuaca yang sejuk.




Bungeoppang, roti ikan. Dekat luar tu rangup, dalam tu ada isi. Selalunya ada 3 pilihan inti: sweet potato, cheese and red bean. Aku suka sweet potato. Sedap makan panas-panas.


Kedai makan milik Kang Ho Dong ada dekat Myeongdong tapi dia tak dak pun.

Tengah-tengah merayau dekat Myeongdong tu, aku nampak la 1 kedai Korean Dessert yang besar dekat situ and aku teringin nak rasa Bingsu sebab dekat Malaysia aku tak pernah pun makan Bingsu ni. Korang boleh cari ja kedai ni dekat sekitar Myeongdong tu.





 Chocolate Bingsu= 9,000 won, Injolmi toast = 6,000 won.


 Lepas dah makan dessrt tu, terus kami balik ke guest house sebab nak basuh baju yang bertimbun dari Jeju. lagi pun nak tidur awal. Esok nak pergi Lotte World. Oh! How excited. Good night.

No comments:

Post a Comment