Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja! : The first day

15 OCTOBER 2015 (THURSDAY)

Settle minum susu, terus kami mencari bas untuk ke guest house. Guest house yang kami pilih ialah Namsan Guest House 5 yang terletak berdekatan dengan Myeongdong. Untuk ke guest house, kami ambil airport bas 6015 yang sedia menunggu di Exit 5 Incheon airport. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak 10,000 won dan kami menggunakan t-money. Suhu time aku sampai tu dalam 10°C.



Bas ni akan start dari Incheon Airport dan akan pusing sekeliling Seoul. Bas ni lalu depan KBS. Besar juga KBS ni. Bas ni akan pusing tempat lain juga tapi guest house kami terletak dekat last stop iaitu Sejong Hotel. Sampai ja dekat stop tu, kena lintas jalan dan jalan naik bukit sikit. Ada 2 persimpangan dekat situ, pilih lorong sebelah kanan anda. Jalan straight saja and anda akan lepasi namsan guest house 2. Naik atas lagi and anda akan nampak sign hotel tu sebesar alam.









Antara fasiliti dekat guest house tu.Sebenarnya ada juga rooftop atas tu. tempat sidai kain tapi aku tak sempat ambil gambar. Dari atas tu boleh nampak namsan tour. Guest house ni dekat saja dengan namsan tower surprisingly aku tak pi pun Namsan Tower padahal jarak ciput ja.



Ni reception guest house ni. Dekat tingkat B1. Time aku ambil gambar ni waktu pagi so diorang tutup tingkap tu. 1 malam 65,000 won untuk 2 orang 1 bilik. 65,000 won x 6 malam= 390,000 won x 2 bilik = 780,000 won. Harga tu termasuk free internet, breakfast, washing machine. laundry.











So, bilik pun dah dapat. Terus aku masuk bilik, mandi. Dah seharian tak mandi, lega bila dapat mandi. Bilik ni tak da aircond atau pun kipas sebab udara memang sejuk. Tingkap dia ada dua lapis. ! lapisan ada jaring dan 1 lagi tingkap biasa. Selalunya aku buka tingkap biasa dan tinggal yang jaring tu supaya angin luar boleh masuk bilik.

Dah siap mandi, dalam pukul 12 tengah hari macam tu, kami semua dah start lapar. So kami menuju ke Itaewon sebab nak pi kedai Korean Muslim yang jual masakan Korea. Keluar dari guest house tu terus straight ke subway station dekat situ. Dari Myeongdong station, naik train yang menghala ke Samgakji, then tukar ke line 6 warna purple, menuju ke Itaewon station. Kemudian keluar dekat exit no 3.


Bila dah sampai depan restoran tu, tak pikir panjang dah. Perut dah menyanyi macam-macam lagu dah sebab last makan pagi tadi dalam flight. So kami decide untuk ambil semua menu yang ada petang tu. Dari kiri atas: jjangbap (nasi kuah kicap), bulgogi, samgetang (nasi dalam ayam) dan haemul japtangbap.








Memang kenyang dan sedap. Yang paling sedap bulgogi tu sampai kami tambah 1 set lagi. Dan makanan pun tak mahal. Bila perut dah kenyang, kami terus la menghala ke masjid untuk bersolat Jama'. Jalan depan sikit ja dari restoran tu, terus sampai.











Dekat kawasan Itaewon ni banyak orang Turki. Diorang banyak berniaga dekat area-area sini. Ada supermarket yang jual barangan halal untuk penduduk Muslim dekat Korea ni. Orang asing pun ramai yang datang dekat sini. tapi mostly Muslim la.





Lepas dah kenyang makan, kami balik Ke Myeongdong balik. Nak la rasa suasana malam di Myeongdong. Orang selalu cakap yang waktu malam la yang paling happening sekali. memang betoil. Ramai gila manusia time malam dan banyak street vendor yang jual macam macam barang.




Hari first aku dah habis 100,000 won beli kosmetik dengan Chanyeol bawa balik. Abah siap remind lagi yang ada 9 hari lagi. Haha. Nature republic ni bangunan dia yang paling besar sekali. takkan sesat kalau nak cari.






For those yang curious macam mana aku boleh update gambar dekat Instagram, twitter, facebook, sebenarnya aku sewa portable wifi yang dipanggil egg wifi tap;i bentuk tak macam telur pun. Untuk pendahuluan bayar 10,000 won dan 5,000 hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment