Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja! : Arrival Day

15 OCTOBER 2015 (THURSDAY)

Dalam pukul 4 pagi macam tu, steward and stewardess akan nyalakan lampu untuk serve breakfast. Usually breakfast 2 hours before landing sebab diorang nak kemas lagi kan. Aku still lagi menagtuk sebab tak selesa sangat tidur atas kerusi tapi biasa la lumrah seorang traveler.




Nasi lemak yang panas. Satu dulang ni punya makanan memang kenyang sangat.


Malam tu steward and stewardess akan bagi 2 borang ni untuk kita isi. Ni declaration form yang membenarkan kita stay dekat Korea at least 3 month. Jangan risau, borang ni steward dengan stewardess akan bagi.





Lepas siap breakfast, steward/stewardess akan bagi minuman panas pula. Boleh choose coffee or tea. Memang sedap minum sejuk-sejuk dalam flight tu. Bak kata sorang steward, tea di ketinggian 400 000 kaki.

Then kapten akan announce yang lagi beberapa minit lagi akan sampai. Aku pun bosan, aku ambil gambar la.





Dalam pukul 7.10 waktu Malaysia aku sampai dekat Korea. Perbezaan jam hanya la 1 jam sahaja. Jadi cepat-cepat ubah jam jadi waktu Korea. Masuk ja dalam airport tu aku terus pi toilet untuk cuci muka, gosok gigi dulu sebelum ke kastam. Line dekat kastam memang ramai orang.

Dalam 15 minit selesai la urusan kastam, ambilk beg, terus keluar ke arriving gate. Benda pertama aku cari Banana Uyu ( susu pisang) yang digembar gembur oleh semua orang kalau datang Korea. Keluar ja dari arrival gate tu pusing kiri, terus nampak 7e. Aku terus serang la alang-alang nak cari susu dengan topup T-money.




Rasa dia macam makan dadih perisa pisang tapi dalam bentuk air. Aku ni jenis orang yang tak suka susu tapi susu ni aku boleh telan sebab bukannya rasa susu yang melampau dan bau dia wangi. T-money ni macam touch n go card. Widely used for subway and buses. Harga t-money tu 10,000 won ja and aku topup 50,000 won dalam tu. 50,000 won for 10 days.

No comments:

Post a Comment