Thursday, April 6, 2017

Umrah First Time, Preparation



Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah aku dah selesai menunaikan umrah pada bulan November/ Disember 2016 yang lalu.
Perasaan tak percaya tu memang selalu ja aku rasa. Sebab sebelum ni dengar je orang duk cerita pengalaman disana. Sekali bila kita sendiri alami, baru tau apa yang orang duk kata tu. Sekarang ni kalau tengok Azan dekat TV je, rasa macam nak teriak sebab terkenang balik pengalaman kat sana.

Apa-apa pun aku tulis blog ni dengan harapan nak memberi jalan dan pandangan kepada orang-orang yang first time nak pi umrah macam aku. Sebab sebelum aku pi hari tu, aku ada la baca beberapa blog untuk nak tahu apa keperluan yang perlu dibawa ke sana. Tapi tak jumpa la pulak. Tapi tak pa. Aku akan cuba membantu insan-insan yang akan ke umrah supaya dapat buat persiapan yang lebih lancar.






















List kelengkapan untuk Umrah. Aku fokuskan untuk perempuan sebab perempuan punya preparation ni rumit sikit. Lelaki senang saja.


1. Sediakan jubah yang banyak. 6-7 helai dah mencukupi dan pastikan jubah tu labuh atas paras buku lali dan pakai seluar panjang didalam. Boleh ja kalau nak pakai jubah labuh tapi nanti bila tawaf akan jadi masalah sebab orang pijak kain. Kalau nak senang, buat poket sekali. tak payah nak usung beg dah.


2. Stokin hitam yang banyak-banyak. Pi sana kita hanya pakai telekung dekat atas ja. Kain bawah kita tak pakai. So stokin kena banyak sebab nak tukar.


3. Telekung yang selesa 3-4 helai. Almost all the time pakai telekung


4. Handsocks.

5. Pelembab bibir. Yang ni teramat-amat penting.

6. Stokin tebal untuk pakai masa Saie


7. Pelembab muka, mask. Bila duduk di Mekah muka akan automatik kering peng dan melupas.

8. Kasut yang sesuai. Sebab banyak berjalan, nanti bila pi ziarah. Takut pakai kasut yang tak selesa, tak best pulak nak jalan.

9. Tasbih Tawaf. Yang ni boleh cari dekat Madinah. Banyak dijual. Macam-macam warna.

10. For those yang pakai cermin mata macam aku ni, aku sarankan hampa pakai contact lens. Tapi bagi yang tak biasa pakai lens atau tak selesa, boleh ja pakai cermin mata tapi kena pasang tali. Kalau orang pakai cermin mata ni, kita biasa solat tak pakai glasses kan. Dekat Tanah Suci ni, jangan la letak glasses dalam beg sling yang kita bawa tu. Sebab orang Arab ni, dia langkah, pijak beg kita rilex ja. Tak pasal-pasal pecah glasses tu.

11. Botol spray wuduk. Sangat-sangat berguna kalau Wuduk kita terbatal. Nak pi tempat Wuduk entah mana hala la tempat tu. Untuk mengelakkan daripada sesat, better bawa siap-siap.

12. Wajib beli sim card arab. Usually kita akan pi dengan family, which consist ayah dan mak kan. So bila pi solat kita akan terpisah dengan ayah kita. Supaya senang nak cari beli ja sim card. Murah ja SAR 30 ja. Boleh minta tolong Mutawif belikan. Beli yang untuk call saja pun takpa sebab hotel ada wifi.

13. Bawa beg kasut. Senang nak usung kasut kemana-mana saja and kasut pun selamat.

14. Dekat Malaysia banyak-banyakkan practice solat-solat sunat. Subuh usually kita pi masjid awal sikit. So ambil la kesempatan untuk perbanyakkan solat Sunat.

15. Solat Sunat Dhuha dengan Solat Sunat Jenazah penting. Almost every waktu, akan ada jenazah.

16. Jangan terkejut kalau waktu Subuh, Imam tak baca doa Qunut. Lepas solat pun takdak baca doa. Terus solat jenazah.

17. Nak masuk Masjid Nabawi, akan ada pengawal perempuan check beg kita nak tengok bawa fon ka dak. Nak selamat simpan handphone dalam poket jubah and takyah bawa beg sling tu.

18. Dekat Mekah/Madinah kena jadi ganas sikit. Kalau lembik memang orang pijak kita la. Tambah-tambah dekat Raudah, jangan culture shock pulak bila tengok orang merempuh nak masuk macam ada rusuhan.


19. Paling penting sekali sabar kena banyak. Insya Allah, Allah akan bagi peluang. Lagi satu, mulut kena jaga sikit. Dekat sana Allah bayar cash. Nampak apa-apa jangan tegur. Tengok ja.

20. Hati-hati dengan peminta sedekah dekat luar masjid. Kalau once dah bagi pada seorang, yang lain akan kejar kita sampai hotel. BEWARE. Nak sedekah, sedekah pada tukang cuci dalam masjid. Bagi dekat orang Indon.

21. Bawa sejadah kecil sendiri. Tak semestinya setiap waktu dapat solat dekat karpet dalam masjid tu. Boleh jugak rezeki kita, solat sebelah tong air Zam-zam. bagi salam ja, minum air zam-zam terus.


22. Universal adaptor.

23. Akhir sekali, buat la Ibadat dengan khusyuk dan enjoy sepanjang berada disana. Once dah jejak kaki dekat airport nak balik, sebak rasa dalam hati. berat ja rasanya nak tinggalkan Tanah Suci.




Aku harap sedikit sebanyak info ni dapat la membantu anda semua membuat persiapan yang secukupnya. Semua ni berdasarkan pengalaman aku. Lain orang, lain pengalamannya.
Till next time.

Wasalam.....