Monday, August 25, 2014

Resepi : Dumpling udang dan ayam bersama sos pencicah.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak share lagi resepi yang aku baru ja cuba petang tadi. Nak dijadikan cerita la macam mana aku boleh tetiba nak buat dumpling ni. Sedang aku duk tengok cerita Korea 'We Got Married', nampak la si Victoria dengan Nickhun 2PM duk buat dumpling sebab depa buat house warming party untuk geng 2PM. Tengok macam sedap ja. Tetiba mai pulak Yong Hwa belanja Seohyun makan dumpling. Tengok ja dumpling yang dia makan tu.. Perrghhh... Terliuq bak hang! 

Terus la aku google cari resepi, beli bahan pagi tadi dan dengan berbekalkan mengidam aku tu, aku pun mula la buat. Jom kita tengok apa yang patut ada.

Filling Dumpling

1 biji bawang Holland
1/2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh sos tiram
4 biji bawang merah kecil (dicincang halus)
4 biji bawang putih (dicincang halus)
10 helai daun kucai
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh lada putih
sedikit garam
sedikit gula
sedikit olive oil

Methods

1. Potong bawang Holland, bawang merah kecik dan bawang puith halus-halus dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Then potong kucai halus-halus dan masukkan sekali ke dalam bawang-bawang yang dah dipotong.


3. Seterusnya masukkan sos tiram, kicap cair, tepung jagung, lada putih, olive oil, garam dan gula didalam mangkuk berisi bawang dan kucai tadi.



4. Aku tak ingat berapa banyak udang yang aku masukkan tapi agak-agak sendiri la. kalau nak banyak protein, masukkan banyak pun tak pa. Aku potong halus-halus udang ni.

 5. Ayam aku pakai yang dah cincang siap punya sebab malas nak cincang.


6. Masukkamn ayam dan udang dalam mangkuk yang ada bawang, kucai dan sos tiram segala bagai tadi dan kacau bagi sebati la.



7. Dah siap tu, aku simpan sat kat dalam peti ais. Bagi dia rehat sat sementara dan masak dia nanti


8. Untutk kulit dumpling tu, aku just beli dekat Giant ja. Ilmu nak buat kulit dumpling tu aku tak menuntut lagi. So pakai ready made je la.


9. Untuk bentukkan dia kena ada air sikit yang bertindak sebagai gam la untuk melekatkan pastri tu.


10. Masukkan satu sudu kecik ja kat atas dumpling tu. Letak dekat tengah-tengah supaya senang nak tutp nanti. 

11. Then, bentukkan la. Aku buat bentuk biasa je la. Malas nak buat bentuk-bentuk bagai. Last-last masuk perut jugak.


 1 paket kulit dumpling tu dapat la banyak ni. Okey la tu.


Dipping sauce

3 biji bawang putih
Separuh cili merah panjang
2 sudu makan air
2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu besar cuka
Sedikit gula

 Kacau ja semua sekali, then dapat la sos macam ni. Rasa masam-masam manis macam tu.


Dumpling tu boleh ja goreng atau kukus. Aku buat kedua-dua cara. Kukus dan goreng. Kalau kukus, kena kukus untuk 15 minit. Kalau goreng, goreng sampai garing la ye!



Well. tu je la resepi untuk dumpling ni. Simple sebenarnya bila kita dah buat. Next resepi cannellioni. Tapi kena tunggu abah balik kursus dulu baru boleh buat.

Sekian..

Assalamualaikum...

Wednesday, August 6, 2014

Resepi: Chicken chop with black pepper sauce with mashed potatoes and coslow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni merupakan hari yang meletihkan untuk aku. Terkejar sana sini. Penat jugak la tapi well tu la experience. Bila lagi kita nak merasa semua tu kan. Apa tah yang aku duk mengarut ni. Hehe.. Memandangkan hari ni aku puasa, so aku pun terfikir la apa menu yang aku nak masak untuk berbuka hari ni. Disebabkan aku sorang ja yang puasa, so aku fikir la apa yang aku teringin nak makan sangat.

Tetiba masa tengah tengok TV semalam, aku ada nampak chef tu buat chicken chop. So aku pun cepat-cepat la bangun masuk bilik, terus google cari resepi. Mak aku cakap resepi yang sedap adalah gabungan 1 atau 2 resepi and that is what exactly apa yang aku buat. Resepi yang aku buat ni pun gabungan dalam 3 resepi. So aku memudahkan kerja anda wahai pembaca ku (ada ka orang baca? Pada yang baca terima kasih daun keladi)

Bangun jadi pagi tadi terus tergah mydin nak beli barang-barang yang tak dak kat rumah. Pi la mengembara sorang. Panjang pulak mukadimah ni. Jom terus pi kat resepi.

Marination of Chicken

First kena la ada ayam kan? Untuk ayam yang nak dibuat chicken chop ni, aku guna ayam yang ada tulang kat hujung ja.


Tu contoh ayam nya. Kalau susah sangat, pi kat pak cik juai ayam, cakap kat dia saya nak ayam untuk buat chicken chop 6 ekor ka, 4 ekor ka. Pastu dia akan potong siap bagi. Balik rumah just buang lemak sikit-sikit yang ada, basuh dengan tepung, kemudian toskan. Pastu cucuk-cucuk sikit dengan pisau bagi ada lubang untuk marination tu masuk.


 Untuk marination: (Untuk 6 ekor ayam. Kalau 4 ekor, kurangkan 2 daripada jumlah tu)

 1 kiub ayam (hancurkan)
4 sudu besar sos tiram
 4 sudu besar kicap manis
5 ulas bawang puith (ditumbuk kasar)
1 cm halia (ditumbuk kasar)
 Lada hitam sikit, lada sulah sikit (agak-agak je la)
2 sudu makan madu
 Olive oil sikit (agak-agak ja)

Cara-cara:

1. Masukkan ja semua bahan tu, lepas tu kacau sebati


2. Then tuang atas ayam tu. Urut-urut sikit bagi marination tu menyerap dalam ayam tu.


Beralih kepada Coslow pulak.

Bahan-bahan:

1. Separuh kubis putih
2. Separuh kubis purple
3. 1 batang carrot
4. 1 biji bawang besar merah


Semuanya dipotong halus. Penat jugak la nak hiris halus-halus. Untuk carrot, aku pakai penyagat sebab tak larat nak potong bagi jadi halus.


 Aku pakai yang besar tu.

Then kita continue dengan kuah coslow.

Bahan-bahan:

4 sudu besar gula
8 sudu besar mayonis
1/2 biji jus lemon
4 sudu makan yogurt asli
 Campurkan ja semuanya sampai sebati.

  
Then masukkan sayur-sayur tadi dalam kuah tadi dan gaul sebati.


Dah sebati semuanya, masukkan dalam bekas, simpan dalam peti ais.

Masa untuk Black Pepper Sauce

Bahan-bahan:

2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
4 sudu besar rata tepung gandum
3 sudu besar rata tepung jagung.
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
Sedikit oregano
2 sudu besar butter
Air secukupnya
Garam dan gula


Cara-cara:

1. Cairkan butter. Tapi ingat, bila nak cairkan mentega, buh sikit minyak untuk mengelakkan butter daripada burn.

 2. Masukkan bawang Holland yang dicincang halus tadi ke dalam butter. Tumis sampai bawang tu layu.


3. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang dicampurkan dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
5. Kemudian masukkan campuran tepung jagung. Masukkan air selepas tu.Kacau sampai sebati.
6. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram & kicap manis. Kacau sampai sebati.
7. Masukkan sedikit oregano. Kacau. Kalau pekat sangat kuah tu, tambah air. Kalau kuah tu tak cukup hitam, tambah kicap manis lagi.


Mashed Potatoes

3 biji kentang (dipotong kecil supaya senang empuk)
2 sudu besar butter
1/4 cawan susu segar
Sedikit lada hitam

Cara-cara
1. Buang kulit kentang, potong kecil-kecil dan rebus hingga lembut. Masukkan 1 sudu kecil garam dalam air rebusan tu
2. Toskan air dan terus mashed kentang tu masa tengah panas-panas.
3. Masukkan butter, susu segar & sedikit lada hitam
4. Kacau la sampai jadi macam ni.

Ayam yang kita dah marinate tadi dah sedia untuk dibakar. masa bawa keluar dari bekas marinate tu, bau dia... Peeerrrggghhhh... Sedap baq hang! Lapik dulang pembakar dengan aluminium foil. kemudian susun la comel-comel.



Dah susun comel-comel, kita balut dia dengan 1 lagi aluminium foil. Tutup ketat-ketat, then cucuk ats foil tu sikit bagi ada ruang udara untuk ayam tu bernafas.

Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree celcius selama 30 minit dan hasilnya akan memukau anda.. 


Hasilnya bila anda menikmati, tak terkata gitu. Alhamdulillah walaupun first time buat menjadi. Syukur. Happy rasanya bila dapat kurangkan beban mak duk buat assignment dengan aku masak kat mak. Sekali sekala kita meringankan beban parents kita. Happy bila tengok muka masing-masing berselera makan. Abah dengan adik siap tambah 2 kali. Adik aku yang selalu kutuk masakkan aku, terus makan dengan diamnya.
Alhamdulillah..




Terima kasih jugak pada pemberi-pemberi resepi walaupun aku tak kenai depa. Lepas ni ingat nak buat cannelloni. Stay tuned.

Assalamualaikum...