Wednesday, August 6, 2014

Resepi: Chicken chop with black pepper sauce with mashed potatoes and coslow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni merupakan hari yang meletihkan untuk aku. Terkejar sana sini. Penat jugak la tapi well tu la experience. Bila lagi kita nak merasa semua tu kan. Apa tah yang aku duk mengarut ni. Hehe.. Memandangkan hari ni aku puasa, so aku pun terfikir la apa menu yang aku nak masak untuk berbuka hari ni. Disebabkan aku sorang ja yang puasa, so aku fikir la apa yang aku teringin nak makan sangat.

Tetiba masa tengah tengok TV semalam, aku ada nampak chef tu buat chicken chop. So aku pun cepat-cepat la bangun masuk bilik, terus google cari resepi. Mak aku cakap resepi yang sedap adalah gabungan 1 atau 2 resepi and that is what exactly apa yang aku buat. Resepi yang aku buat ni pun gabungan dalam 3 resepi. So aku memudahkan kerja anda wahai pembaca ku (ada ka orang baca? Pada yang baca terima kasih daun keladi)

Bangun jadi pagi tadi terus tergah mydin nak beli barang-barang yang tak dak kat rumah. Pi la mengembara sorang. Panjang pulak mukadimah ni. Jom terus pi kat resepi.

Marination of Chicken

First kena la ada ayam kan? Untuk ayam yang nak dibuat chicken chop ni, aku guna ayam yang ada tulang kat hujung ja.


Tu contoh ayam nya. Kalau susah sangat, pi kat pak cik juai ayam, cakap kat dia saya nak ayam untuk buat chicken chop 6 ekor ka, 4 ekor ka. Pastu dia akan potong siap bagi. Balik rumah just buang lemak sikit-sikit yang ada, basuh dengan tepung, kemudian toskan. Pastu cucuk-cucuk sikit dengan pisau bagi ada lubang untuk marination tu masuk.


 Untuk marination: (Untuk 6 ekor ayam. Kalau 4 ekor, kurangkan 2 daripada jumlah tu)

 1 kiub ayam (hancurkan)
4 sudu besar sos tiram
 4 sudu besar kicap manis
5 ulas bawang puith (ditumbuk kasar)
1 cm halia (ditumbuk kasar)
 Lada hitam sikit, lada sulah sikit (agak-agak je la)
2 sudu makan madu
 Olive oil sikit (agak-agak ja)

Cara-cara:

1. Masukkan ja semua bahan tu, lepas tu kacau sebati


2. Then tuang atas ayam tu. Urut-urut sikit bagi marination tu menyerap dalam ayam tu.


Beralih kepada Coslow pulak.

Bahan-bahan:

1. Separuh kubis putih
2. Separuh kubis purple
3. 1 batang carrot
4. 1 biji bawang besar merah


Semuanya dipotong halus. Penat jugak la nak hiris halus-halus. Untuk carrot, aku pakai penyagat sebab tak larat nak potong bagi jadi halus.


 Aku pakai yang besar tu.

Then kita continue dengan kuah coslow.

Bahan-bahan:

4 sudu besar gula
8 sudu besar mayonis
1/2 biji jus lemon
4 sudu makan yogurt asli
 Campurkan ja semuanya sampai sebati.

  
Then masukkan sayur-sayur tadi dalam kuah tadi dan gaul sebati.


Dah sebati semuanya, masukkan dalam bekas, simpan dalam peti ais.

Masa untuk Black Pepper Sauce

Bahan-bahan:

2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
4 sudu besar rata tepung gandum
3 sudu besar rata tepung jagung.
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
Sedikit oregano
2 sudu besar butter
Air secukupnya
Garam dan gula


Cara-cara:

1. Cairkan butter. Tapi ingat, bila nak cairkan mentega, buh sikit minyak untuk mengelakkan butter daripada burn.

 2. Masukkan bawang Holland yang dicincang halus tadi ke dalam butter. Tumis sampai bawang tu layu.


3. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang dicampurkan dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
5. Kemudian masukkan campuran tepung jagung. Masukkan air selepas tu.Kacau sampai sebati.
6. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram & kicap manis. Kacau sampai sebati.
7. Masukkan sedikit oregano. Kacau. Kalau pekat sangat kuah tu, tambah air. Kalau kuah tu tak cukup hitam, tambah kicap manis lagi.


Mashed Potatoes

3 biji kentang (dipotong kecil supaya senang empuk)
2 sudu besar butter
1/4 cawan susu segar
Sedikit lada hitam

Cara-cara
1. Buang kulit kentang, potong kecil-kecil dan rebus hingga lembut. Masukkan 1 sudu kecil garam dalam air rebusan tu
2. Toskan air dan terus mashed kentang tu masa tengah panas-panas.
3. Masukkan butter, susu segar & sedikit lada hitam
4. Kacau la sampai jadi macam ni.

Ayam yang kita dah marinate tadi dah sedia untuk dibakar. masa bawa keluar dari bekas marinate tu, bau dia... Peeerrrggghhhh... Sedap baq hang! Lapik dulang pembakar dengan aluminium foil. kemudian susun la comel-comel.



Dah susun comel-comel, kita balut dia dengan 1 lagi aluminium foil. Tutup ketat-ketat, then cucuk ats foil tu sikit bagi ada ruang udara untuk ayam tu bernafas.

Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree celcius selama 30 minit dan hasilnya akan memukau anda.. 


Hasilnya bila anda menikmati, tak terkata gitu. Alhamdulillah walaupun first time buat menjadi. Syukur. Happy rasanya bila dapat kurangkan beban mak duk buat assignment dengan aku masak kat mak. Sekali sekala kita meringankan beban parents kita. Happy bila tengok muka masing-masing berselera makan. Abah dengan adik siap tambah 2 kali. Adik aku yang selalu kutuk masakkan aku, terus makan dengan diamnya.
Alhamdulillah..




Terima kasih jugak pada pemberi-pemberi resepi walaupun aku tak kenai depa. Lepas ni ingat nak buat cannelloni. Stay tuned.

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment