Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja! : Seoul Sightseeing

18 OCTOBER 2015 ( SUNDAY)

Hari ni plan kami untuk melawat sekitar Seoul saja. So destinasi yang pertama ialah ke Bukcheon iaitu kawasan perumahan zaman dulu-dulu. Kalau tengok cerita Korea yang rumah tidur atas lantai tu la.


Dari Myeongdong station - Chungmuro station - Angguk station, then keluar exit 2 ke Bukcheon. Then jalan ja dekat alley dekat situ, kita akan nampak la bentuk rumah-rumah tradisional. Kedai pun tradisional.











Then jalan straight lagi naik atas, kita akan nampak la Winter Sonata punya sekolah. 







Next kita ke Gyeongbukgung palace. Dekat Korea ada banyak palace and palace ni yang paling besar sekali. Jalan straight ja dari Bukcheon. Lintas jalan. Then akan nampak palace yang besar ni. Bayaran masuk sebanyak 3,000 won seorang.



.


Dekat entrace tu ada la penjaga istana ni. Diorang ni takkan senyum atau apa pun. Keras ja















Sajeong performing arts centre.


Gwanghwamun square. Tempat king Sajeong ni duduk. Dia ni la yang perkenalkan tulisan hangul.


Dalam perjalanan nak ke Gyeongbukgung tu, terjumpa 1 family ni tanam sayur kubis tepi jalan and takdak orang pun curi sayur dia. Dah la gemuk-gemuk sayur dia.




Handbag 10,000 won dekat Insadong.Dekat-dekat ja semua ni.

Lepas dah pusing dekat  Bukcheon, Gyeongbukgung dengan Gwanghwamun, perut ni lapar la pula. Hari ni plan nak lunch dekat Dongdaemun. Dekat area tu memang banyak kedai ikan bakar. Dari Dongdaemun  stn exit 2 from DDM underground shopping center keluar exit 2 jumpa Pyounghwa clothing market seberang jalan and JW marriot sebelah kanan. Berhadapan 1st bridge. Then jalan straight ja. 





Memang ikan bakar dia the best!






Lepas habis makan, kami terus ke Doota untuk beli souvenir murah. Direction nak ke Doota, please refer the map kat atas tu. Masuk dalam bangunan Doota tu, naik ke tingkat 4, then jalan straight and akan jumpa kedai nama Arirang. Pekerja tu boleh cakap melayu tapi melayu Indon la. Tapi ok la. Harga pun cun.


Untuk makan malam, kami mengisi perut dengan Chungmo Kimbap.Sotong pedas yang makan dengan kimbap. Memang pedas tahap nangis tak berlagu.


Cari ja sign ni dekat myeongdong tu. 




Lepas makan, then pusing Myeongdong kejap, then balik tidur la sebab esok nak kena pi airport awal untuk ke Jeju-Do.

No comments:

Post a Comment