Friday, September 13, 2013

Travelogue: Gunung Jerai, Kedah..

Assalamualaikum..

Hai U olls. Punya lah lama I tak update. Biasa lah student, apa lagi jawapannya kalau bukan assignment. Disebabkan I dah serabut dengan assignment ni, so lebih baik I bercerita kejap dekat sini untuk menghilangkan stress.

Ok anak-anak murid, hari ni cikgu nak bercerita tentang pengalaman saya ke Gunung Jerai (bajet cikgu nak cerita dekat anak murid konon.. Puuiihhh!!)

Nak di jadikan cerita lah, abah I dah plan dengan my family lah nak p bercuti dekat situ. So dia pun mesej lah untuk menaikkan semangat ku yang sewaktu itu tengah final exam, paper MS III kut. Tak ingat dah. So, I ni yang excited sebab dah lama tak pi bercuti sama-sama teruja la U olls. So, happy lah ni nak balik rumah sebab nak pi bercuti.

Jadi petang 21 jun 2013 tu pun kami bertolak lah ke Gunung Jerai. Dari rumah I ke Gunung Jerai tu ambik masa lebih kurang 45 minit je. Dekat ja. Tak jauh mana pun. So dalam pukul 3 kami bertolak, pukul 4 macam tu sampai lah.

Bila sampai je kat atas tu, Subhanallah.. Indahnya ciptaan Tuhan.. Dengan pokok-pokoknya tambah pulak ada kabus lagi. Sejuk baq hang!


Punya lah teruja tengok pokok orkid dekat atas tu. Mak I memang suka bunga orkid. Apa lagi, ambik gambar. Memang best sangat dekat atas tu. Kalau anda mencari ketenangan yang sejati,, datang lah ke sini. (Tetiba jadi Duta Perlancongan kedah pulak!)

Disebabkan I pergi combined 2 family dan disebabkan 1 bilik 2 orang je, so terpaksa berpecah la. My mother, father and little brother dalam 1 room, My cousin and I 1 bilik and my aunt and uncle 1 bilik. jadi overall, 3 bilik lah.



This is my room. Dari luar nampak kecik je.. But wait for it..


Nah....






Memang selesa sangat-sangat. Bilik air dia pun cun. What else could I said? Just let the picture speak by themselves.


Disebabkan cuaca yang sejuk sangat, so my mother bring food yang dimasak dari rumah. Sebelum bnertolak we olls dah makan tapi biasa lah kan, kalau naik tempat sejuk, mesti lapar punya kan? Apa lagi, cari makanan lah.

 So my mother cooked, sambal udang dengan petai.. Uuuuuhhh... Terliuq cheq ni hah.. With gulai ikan. Hmmm.. Makan macam tak ingat dunia lah. Makan siap masuk selimut lagi. Sedap oohh makan time-time sejuk.


Kalau dah tempat sejuk, kena dengan air panas,, memang ummpphh lah kan. So my mother pun buat lah kopi.Tapi disebabkan she forget to bring jug, so kita buat air kopi dalam periuk nasi. Kau hado???
Please don't try this at home ok! Only in desperate time you can do this.

Senja~~~

Pagi 22 Jun 2013.. Pagi tu seawal 6.30 pagi dah bangun sebab nak pi daki Gunung jerai tu dah. Actually resort ni halfway nak ke puncaknya. So kena trekking lagi lah baru sampai. Punya lah semangat sebab ingatkan dekat puncak tu cantik lah, sekali yang ada pecawan TM je. Ku tertipu!


Kalau dah habis exercise tu apa lagi...

Laaaappppaaaaqqqq..

So, makan time lah. Makanan dekat resort ni memang marvelous lah! I bagi 5 twinkle twinkle little star lah! Excellent..



Moi sup ni the best! Mak I cakap rasa sedap macam Chinese punya cara masakkan.. Maybe mak pernah rasa kut??


Dah kenyang makan, kami pun balik ke bilik masing-masing, sambung tidur sebab check out pukul 12 tengah hari. Time tu baru pukul 8. So tidur balik lah. Pukul 12 tengah hari kami pun check out dan balik lah ke rumah..

Hah.. lupa pulak.. Terima kasih kepada penaja lokasi The Regency Gunung Jerai..

Setakat ni jelah cerita I. Kita sambung esok pulak ye. Dah nak tidur ni. Selamat malam..

Wasalam..

No comments:

Post a Comment