Wednesday, December 31, 2014

2014: Things That Matters

Assalamualaikum W.B.T

Dah lama aku tak mengupdate blog aku yang satu ni.. Biasa la bila dah masuk alam pekerjaan, busy tu mengalahkan Perdana menteri.. Hehe.. Propa gila..

Memandangkan hari ni merupakan hari terakhir 2014, aku pun nak ambik kesempatan ni untuk meng-refleks kembali apa yang aku dah achieve tahun ni sama ada yang baik ataupun buruk. Biasa la kalau dah dinamakan kehidupan, ada baik buruknya. Jom kita teroka apa yang terbaik untuk tahun 2014 ni..

1. Finally, finish my 3 years course of diploma

Alhamdulillah, after 3 years of struggling, I'm officially finish my diploma (bunyi macam dah habis master ja). Dalam tempoh masa 3 tahun tu la banyak benda yang aku belajar, ada baik dan buruknya dalam masa 3 tahun tu. Dalam tempoh tu jugak la aku dapat berkawan dengan kawan-kawan baru yang berkawan dengan ikhlas tanpa mengira siapa aku. Aku bersyukur sangat sebab depa semua ni kawan yang memahami walaupun ada gaduh-gaduh, bermasam muka tapi biasa la bila lumrah berkawan.







That's what friends are.. Bila duk menulis ni rindu la pulak kat girlfriends aku..

2. I got a Car

Alhamdulillah.. Dalam bulan 5 macam tu la mak aku tanya aku suka kereta apa. Aku cakap la yang aku suka kereta kecil macam kancil ka, myvi ka, viva ka sebab senang nak parking. Then mak aku pun cakap dia nak beli kat aku kereta siap-siap tumpang mak tengah ada duit sebab nanti aku pun nak guna kereta nak pi kerja (indeed I use it). Then lepas-lepas dah decide mak pun beli la kereta Myvi 1.5 warna putih. Sebelum aku start kerja, mak la yang bayar downpayment kereta, la ni bila aku dah ada gaji, aku la yang bayar. RM520 sebulan.


3. I got to experience all major flight in Malaysia.



4. I'm a Government Servent,

Setelah 3 bulan menganggur sejak habis belajar Julai lalu, akhirnya aku dah start kerja dan Alhamdulillah sekarang dah 3 bulan bekerja. 39 years to go! Hehe..




Bila dah start kerja, mesti la ada payment dan alhamdulillah my first pay dapat dirasai seisi keluarga. Dapat belanja mak abah makan, bagi sikit kat abang dengan adik, belanja sikit untuk diri sendiri, bayar hutang, bayar kereta dan dapat la sedekah sikit. Alhamdulillah..


5. The Birth of Kpop inside me..

Aku ingat lagi bulan Februari lepas aku balik bercuti kat Langkawi, aku terus jatuh cinta kat Kpop ni. sebelum ni aku tengok gitu-gitu ja tapi sekarang ni dah jadi fanatik. tahu la sedikit sebanyak group-group kpop, boleh la sebut sikit-sikit perkataan Korea.

  


Al-kisahnya aku boleh jatuh cinta kat Kpop ni sebab masa tu kelas aku pack gila sampai hari Sabtu pun ada kelas, sampai pukul 5 pulak tu. mau tak mengamuk. Then aku minta la 1 2 episode Running Man kat kawan aku. Lepas tengok terus jatuh cinta. Berkenan la pulak kat abang Kwang Soo..


Sekarang ni ada husben baru pulak, Abang Leetuk sayang-sayang.. Auuummm...
Leetuk dalam We Got Married pun best jugak.. sweet much.. gentleman..




Tapi aku OBSES gila dengan YongSeo couple. Aku ulang tengok We Got Married depa punya edisi dah dekat berpuluh kali. tetap tak jemu..





Well.. Everything has sums up all of my sweet memory of 2014. Aku berdoa 2015 yang aku akan lebih istiqamah dalam kehidupan dan menjadi Insan yang lebih baik.. Insya Allah.. Amin..

Wasalam... XOXO.. Selamat tahun baru 2015. Maaf zahir dan batin..

No comments:

Post a Comment