Thursday, January 30, 2014

Resepi: Kek Batik

Assalamualaikum...

Dalam mood cuti Chinese New Year ni, tetiba aku ingat nak tulis banyak-banyak la sebab nanti aku dah busy sangat-sangat.. Last year student.. Memang akan hectic la..

So masa kat kolej, aku mengidam la nak makan kek batik.. 1 benda yang aku pelik.. kalau aku balik kolej mesti aku akan mengidam nak makan tu la, ni la tapi kalau balik rumah semua benda tu tak la teringin nak makan pulak.. Maybe sebab aku berada kat perantauan kut? (Perantauan la sangat)

So, petang tadi aku pun buat la kek batik.. Ni second attempt aku.. Sila la cuba..

Kek Batik

Bahan-bahan:


1 peket biskut Marie (Ambik perisa original)
1 peket mili (200g)
Cokelat Masakan( tak dak sukatan. Aku main buh ja. Tapi ada 8 baris. So aku guna 4 baris ja)
Susu pekat (Letak dalam 8 sudu macam tu)
Butter- 250g
Esen vanila (Untuk mewangikan aduana)

Cara-caranya:


Mula-mula, patahkan biskut marie tu kecik-kecik supaya senang nak gaul nanti.


Then, masukan butter, milo yang sepeket tadi dengan 8 sudu besar susu pekat tadi.


Aku gunakan kaedah double boiler (letak mangkuk atas periuk yang mendidih airnya). Senang nak gair.. Tak perlu nak kacau bagai.. Biaq ja dia cair..

 
Macam tu la rupanya bila dia cair.. Tapi yang ni butter tak cair lagi.


Then, masukkan cokelat masakan.. Patahkan kecik-kecik supaya senang nak cair..



Ni hasil bila dah cair.. Then, masukkan biskut marie tadi.. Kacau sampai sebati.. Sampai semua biskut marie dah diselaputi dengan cokelat..


Then, masukkan dalam bekas.. Tekan supaya padat dan menawan dan biarkan semalam untuk hasil yang menawan.


Dan hasilnya...
.
.
.
.
.
.



Tabur sikit milo kat atas dan wallah!


Thanks for reading my blog!
Wasalam..

No comments:

Post a Comment