Thursday, November 12, 2015

Korea! Ga Ja! : Brooch hunting

21 OKTOBER 2015 (WEDNESDAY)

Assalamualaikum and good morning everyone! Pagi ni dah nak balik ke Seoul setelah habiskan 3 hari 2 malam di Jeju. Sebelum bertolak ke airport, kami bersarapan di guest house dulu. harga guest house ni include sekali dengan breakfast. Breakfast dia bagi dengan cereal, muffin, friuts, yogurt, eggs, milk, coffee and tea. Pilih la nak makan apa. Aku siap bungkus muffin lagi untuk bawa ke airport sebab nanti lapar dekat airport.

Dalam pukul 10 pagi, kami berjalan keluar dari guest house ke tempat bas untuk ke airport. Tempat yang sama iaitu dekat New Kyeong-nam Hotel, pilih la bas 6001 ke Gimpo airport. Tambang harga 10,000 won  Disebabkan guest house ni jauh dari airport, sempat la tidur dalam bas dulu. Dalam sejam juga jarak perjalanan. 

Dah sampai airport, check in bag dan juga orang. Dah selesai check in, kami ronda-ronda sekitar airport Jeju, tengok apa yang menarik. Flight kami pukul 1.30 petang. So banyak masa lagi.

Bila time untuk fly, dalam plane pun aku tidur juga sebab dah beberapa hari ni asyik bangun awal dan berubah-ubah tempat. Penat sebenarnya tapi berbaloi la dengan wang ringgit yang dihabiskan.

Dari Gimpo Airport - Dongdaemun HnC - Myeongdong station. Sampai guest house kami bersolat Jama', rehat sekejap and bersiap untuk brooch shooping di Namdaemun. Dari Myeongdong station - Hoehyeon station keluar exit 5. Kemudian cari tempat nama E-Lendang. Dekat situ la syurga brooch and aksesori wanita.



Pilih akak pilih!


Lepas dah siap shopping, perut meragam la pula. lapar katanya. Kami buat keputusan untuk makan di Myeongdong ja. So balik guest house dulu. Freshen up diri dulu. Baru best nak jalan.

Dekat Myeongdong ni kami banyak cuba street food sebab makanan Korea ni kan unik-unik dan rasanya lain dari Malaysia. 


Buah berangan yang dah dibuang kulit dan besar sebiji-sebiji.




Gaeranpang, roti yang atasnya telur. Sedap bila makan panas-panas dengan cuaca yang sejuk.




Bungeoppang, roti ikan. Dekat luar tu rangup, dalam tu ada isi. Selalunya ada 3 pilihan inti: sweet potato, cheese and red bean. Aku suka sweet potato. Sedap makan panas-panas.


Kedai makan milik Kang Ho Dong ada dekat Myeongdong tapi dia tak dak pun.

Tengah-tengah merayau dekat Myeongdong tu, aku nampak la 1 kedai Korean Dessert yang besar dekat situ and aku teringin nak rasa Bingsu sebab dekat Malaysia aku tak pernah pun makan Bingsu ni. Korang boleh cari ja kedai ni dekat sekitar Myeongdong tu.





 Chocolate Bingsu= 9,000 won, Injolmi toast = 6,000 won.


 Lepas dah makan dessrt tu, terus kami balik ke guest house sebab nak basuh baju yang bertimbun dari Jeju. lagi pun nak tidur awal. Esok nak pergi Lotte World. Oh! How excited. Good night.

Korea! Ga Ja! : Lotte World

22 OCTOBER 2015 (THURSDAY)

Assalamualaikum and Selamat pagi. Mari kita teruskan perjalanan ke Lotte World. Reason kenapa kami choose Lotte World instead of Everland sebab Everland jauh and Everland cantik kalau pi musim bunga, Jadi kami memutuskan untuk pi Lotte World ja. Lagi pun, lepas tu nak pi sambung shooping. 


Untuk ke Lotte World, kena turun dekat stesen Jamsil. Myeongdong station - Dongdaemun HnC - Jamsil station. Lepas tu, keluar exit 4. Then cari saja sign menunjukkan Lotte World. Tiket masuk berharga 33,000 won seorang. Lotte world ni ada mainan di luar dan juga di dalam. So let's explore.









Ada juga Ice Rink dekat situ. Tapi nak masuk kira harga lain la.











EXO jadi duta Lotte World.

Kami main dalam 3 jam macam tu saja sebab bukannya semua permainan yang boleh main, hanya certain-certain saja. Kami sambung bershopping dekat Itaewon, Dongdaemun and Insadong. Aku nak bawa balik Tteok tu balik ke Malaysia. Jadi, kita pi Insadong untuk cari kedai Korean Tradisional Dessert.






Ni la rupa variety of Tteok


Dah settlee shopping, kami balik ke guest house untuk rest and malam ni dinner dekat Myeongdong.
Makan dekat kedai nasi goreng.





Sorry la. Gambar nasi tu bila dah siap masak tak sempat nak ambil sebab terus ngap masuk mulut. Lapar...Balik dari makan ni, dah start dah kemas baju nak balik Malaysia. Sedih sebab dah nak balik. Anyway, ada 1 hari lagi esok. Annyeong~

Korea! Ga Ja! : The Last Day

23 OCTOBER 2015 (FRIDAY)

Assalamualaikum W.B.T. Hari ni hari terakhir di Seoul, Korea. Berat sebenarnya rasa hati nak balik tapi apakan daya, Malaysia Tanah Air Ku. Pagi ni kami keluar lewat sikit, dalam pukul 10 pagi sebab bagi masa tidur panjang sikit. Alang-alang kemaskan apa yang patut.

Hari ni plan rilex-rilex saja. Nak ke Hongdae Trick Eye Museum. Sebenarnya malam ni, dalam itinerary kami nak pi Hangang Cruise tapi tak jadi nak pi sebab kalau cruise balik lewat. Lagi pun esok nak ke airport awal. Tak pe la, kita pi next time.

Macam mana nak ke sana? Myeongdong station - Dongdaemun HnC - Hongik University station (Line 2, exit 9). Go straight 150m, until you find SPAO shop, cross the roadand turn left onto Hongik-ro street. Go straight 120 m, and turn right down the 2nd side street (in between TONY MOLY and HOLIKA HOLIKA). Continue going 100 m  to arrive at Trick eye museum on the right. 

Bayaran masuk 15,000 won seorang and ini termasuk dengan trick eye, ice and carnival museum. So kira berbaloi la.




Let the picture speak by itself.












Ni dah masuk Ice Museum. -4°C. Cakap keluar asap.





Lepas pi terjah trick eye museum tu, kami sambung shopping lagi dekat mana-mana tempat yang tak sempat. Then masa lunch, kami lapar and decided untuk makan dekat Murree Restaurant dekat Itaewon. 1 lagi kedai makanan Korea halal. Tapi aku tak recommended sangat untuk pi dekat situ sebab mahal. Makanan dia setiap 1 harga 15,000 won.





Dah habis makan tu, kami balik ke Myeongdong balik. Nak habiskan sisa-sisa hari di Myeongdong yang tersayang. Last-last dapat juga aku makan Tteokbokki. Ahh! Dah lama ku idamkan. Tak pedas sangat, dengan tepung yang lembut tu. Mmmmm...
















Korea! Ga Ja! : Annyeong~

24 OCTOBER 2015 (SATURDAY)

Finally, it's time to go back to Malaysia. Berat hati sebenarnya tapi apakan daya. Sob3.

Kami bertolak dari guest house lepas dah say good bye pukul 5 pagi. Pagi tu hujan renyai-renyai, seolah-olah alam tak membenarkan kami balik. Cewah! Tapi Alhamdulillah sepanjang 9 hari dekat sana, tak hujan. Jadi tak membantutkan plan-plan kami.

Kami kembali ke bas stand yang pertama kami turun, dan naik bas yang sama, 6015 dengan bayaran 10,000 won. Kebetulan hari Sabtu hari cuti, orang tak ramai la pagi-pagi tu. Dalam pukul 6.00 pagi kami sampai dekat airport and mencari la kaunter MAS untuk check in. Tapi kaunter hanya buka pada pukul 8 pagi.


Ronda-ronda la dulu sekitar airport. Dalam pukul 7 macam tu, sedang tengah lepak-lepak tunggu kaunter MAS buka, aku dengar orang kecoh-kecoh dekat 1 corner ni. Then aku ajak la cousin aku pi tengok, kut-kut ada artis.


Ambik kau! Mak cakap betol! EXO in da house!. 




Terpaku kut bila boleh tengok muka sorang-sorang secara real. Tapi mesti tak mandi pagi sebab muka mengantuk sorang-sorang. Aku tak terfikir langsung nak ambil gambar, nasib baik sepupu aku ambil gambar.




Sempat tangkap gambar D.O ja sebab yang lain aku hanya memerhati dengan mata ja.
Diorang semua nak pi Shanghai, ada konsert.


For those yang beli barang kosmetik and any duty free items, korang boleh dapatkan balik GST barang-barang yang korang beli dekat Duty Free Claim dekat airport. Cari ja berlungguk.


Macam biasa, balik Malaysia naik MAS. Aku kalau MAS, aku tunggu makan ja. Kebetulan flight pukul 11 pagi, harus la lapar. 




Aku selamat sampai Malaysia dalm pukul 4 petang dan sampai Kedah 9 malam.
Antara barang yang aku beli:









Banyak lagi sebenarnya tapi tak ambil gambar pun.

So aku akan summarize kan expenses aku dekat sana.




FARE & ADMISSION
231,100 WON
TAXI
37,500 WON
FOOD AND BEVERAGE
45,000 WON
GUEST HOUSE
228,900 WON
EGG WIFI
13,750 WON
JUMLAH
551,250 WON


Duit belanja aku bawa 500,000 won ja.