Monday, August 25, 2014

Resepi : Dumpling udang dan ayam bersama sos pencicah.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak share lagi resepi yang aku baru ja cuba petang tadi. Nak dijadikan cerita la macam mana aku boleh tetiba nak buat dumpling ni. Sedang aku duk tengok cerita Korea 'We Got Married', nampak la si Victoria dengan Nickhun 2PM duk buat dumpling sebab depa buat house warming party untuk geng 2PM. Tengok macam sedap ja. Tetiba mai pulak Yong Hwa belanja Seohyun makan dumpling. Tengok ja dumpling yang dia makan tu.. Perrghhh... Terliuq bak hang! 

Terus la aku google cari resepi, beli bahan pagi tadi dan dengan berbekalkan mengidam aku tu, aku pun mula la buat. Jom kita tengok apa yang patut ada.

Filling Dumpling

1 biji bawang Holland
1/2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh sos tiram
4 biji bawang merah kecil (dicincang halus)
4 biji bawang putih (dicincang halus)
10 helai daun kucai
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh lada putih
sedikit garam
sedikit gula
sedikit olive oil

Methods

1. Potong bawang Holland, bawang merah kecik dan bawang puith halus-halus dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Then potong kucai halus-halus dan masukkan sekali ke dalam bawang-bawang yang dah dipotong.


3. Seterusnya masukkan sos tiram, kicap cair, tepung jagung, lada putih, olive oil, garam dan gula didalam mangkuk berisi bawang dan kucai tadi.



4. Aku tak ingat berapa banyak udang yang aku masukkan tapi agak-agak sendiri la. kalau nak banyak protein, masukkan banyak pun tak pa. Aku potong halus-halus udang ni.

 5. Ayam aku pakai yang dah cincang siap punya sebab malas nak cincang.


6. Masukkamn ayam dan udang dalam mangkuk yang ada bawang, kucai dan sos tiram segala bagai tadi dan kacau bagi sebati la.



7. Dah siap tu, aku simpan sat kat dalam peti ais. Bagi dia rehat sat sementara dan masak dia nanti


8. Untutk kulit dumpling tu, aku just beli dekat Giant ja. Ilmu nak buat kulit dumpling tu aku tak menuntut lagi. So pakai ready made je la.


9. Untuk bentukkan dia kena ada air sikit yang bertindak sebagai gam la untuk melekatkan pastri tu.


10. Masukkan satu sudu kecik ja kat atas dumpling tu. Letak dekat tengah-tengah supaya senang nak tutp nanti. 

11. Then, bentukkan la. Aku buat bentuk biasa je la. Malas nak buat bentuk-bentuk bagai. Last-last masuk perut jugak.


 1 paket kulit dumpling tu dapat la banyak ni. Okey la tu.


Dipping sauce

3 biji bawang putih
Separuh cili merah panjang
2 sudu makan air
2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu besar cuka
Sedikit gula

 Kacau ja semua sekali, then dapat la sos macam ni. Rasa masam-masam manis macam tu.


Dumpling tu boleh ja goreng atau kukus. Aku buat kedua-dua cara. Kukus dan goreng. Kalau kukus, kena kukus untuk 15 minit. Kalau goreng, goreng sampai garing la ye!



Well. tu je la resepi untuk dumpling ni. Simple sebenarnya bila kita dah buat. Next resepi cannellioni. Tapi kena tunggu abah balik kursus dulu baru boleh buat.

Sekian..

Assalamualaikum...

Wednesday, August 6, 2014

Resepi: Chicken chop with black pepper sauce with mashed potatoes and coslow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni merupakan hari yang meletihkan untuk aku. Terkejar sana sini. Penat jugak la tapi well tu la experience. Bila lagi kita nak merasa semua tu kan. Apa tah yang aku duk mengarut ni. Hehe.. Memandangkan hari ni aku puasa, so aku pun terfikir la apa menu yang aku nak masak untuk berbuka hari ni. Disebabkan aku sorang ja yang puasa, so aku fikir la apa yang aku teringin nak makan sangat.

Tetiba masa tengah tengok TV semalam, aku ada nampak chef tu buat chicken chop. So aku pun cepat-cepat la bangun masuk bilik, terus google cari resepi. Mak aku cakap resepi yang sedap adalah gabungan 1 atau 2 resepi and that is what exactly apa yang aku buat. Resepi yang aku buat ni pun gabungan dalam 3 resepi. So aku memudahkan kerja anda wahai pembaca ku (ada ka orang baca? Pada yang baca terima kasih daun keladi)

Bangun jadi pagi tadi terus tergah mydin nak beli barang-barang yang tak dak kat rumah. Pi la mengembara sorang. Panjang pulak mukadimah ni. Jom terus pi kat resepi.

Marination of Chicken

First kena la ada ayam kan? Untuk ayam yang nak dibuat chicken chop ni, aku guna ayam yang ada tulang kat hujung ja.


Tu contoh ayam nya. Kalau susah sangat, pi kat pak cik juai ayam, cakap kat dia saya nak ayam untuk buat chicken chop 6 ekor ka, 4 ekor ka. Pastu dia akan potong siap bagi. Balik rumah just buang lemak sikit-sikit yang ada, basuh dengan tepung, kemudian toskan. Pastu cucuk-cucuk sikit dengan pisau bagi ada lubang untuk marination tu masuk.


 Untuk marination: (Untuk 6 ekor ayam. Kalau 4 ekor, kurangkan 2 daripada jumlah tu)

 1 kiub ayam (hancurkan)
4 sudu besar sos tiram
 4 sudu besar kicap manis
5 ulas bawang puith (ditumbuk kasar)
1 cm halia (ditumbuk kasar)
 Lada hitam sikit, lada sulah sikit (agak-agak je la)
2 sudu makan madu
 Olive oil sikit (agak-agak ja)

Cara-cara:

1. Masukkan ja semua bahan tu, lepas tu kacau sebati


2. Then tuang atas ayam tu. Urut-urut sikit bagi marination tu menyerap dalam ayam tu.


Beralih kepada Coslow pulak.

Bahan-bahan:

1. Separuh kubis putih
2. Separuh kubis purple
3. 1 batang carrot
4. 1 biji bawang besar merah


Semuanya dipotong halus. Penat jugak la nak hiris halus-halus. Untuk carrot, aku pakai penyagat sebab tak larat nak potong bagi jadi halus.


 Aku pakai yang besar tu.

Then kita continue dengan kuah coslow.

Bahan-bahan:

4 sudu besar gula
8 sudu besar mayonis
1/2 biji jus lemon
4 sudu makan yogurt asli
 Campurkan ja semuanya sampai sebati.

  
Then masukkan sayur-sayur tadi dalam kuah tadi dan gaul sebati.


Dah sebati semuanya, masukkan dalam bekas, simpan dalam peti ais.

Masa untuk Black Pepper Sauce

Bahan-bahan:

2 biji bawang besar holland (dicincang halus)
4 sudu besar rata tepung gandum
3 sudu besar rata tepung jagung.
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
Sedikit oregano
2 sudu besar butter
Air secukupnya
Garam dan gula


Cara-cara:

1. Cairkan butter. Tapi ingat, bila nak cairkan mentega, buh sikit minyak untuk mengelakkan butter daripada burn.

 2. Masukkan bawang Holland yang dicincang halus tadi ke dalam butter. Tumis sampai bawang tu layu.


3. Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang dicampurkan dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
5. Kemudian masukkan campuran tepung jagung. Masukkan air selepas tu.Kacau sampai sebati.
6. Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram & kicap manis. Kacau sampai sebati.
7. Masukkan sedikit oregano. Kacau. Kalau pekat sangat kuah tu, tambah air. Kalau kuah tu tak cukup hitam, tambah kicap manis lagi.


Mashed Potatoes

3 biji kentang (dipotong kecil supaya senang empuk)
2 sudu besar butter
1/4 cawan susu segar
Sedikit lada hitam

Cara-cara
1. Buang kulit kentang, potong kecil-kecil dan rebus hingga lembut. Masukkan 1 sudu kecil garam dalam air rebusan tu
2. Toskan air dan terus mashed kentang tu masa tengah panas-panas.
3. Masukkan butter, susu segar & sedikit lada hitam
4. Kacau la sampai jadi macam ni.

Ayam yang kita dah marinate tadi dah sedia untuk dibakar. masa bawa keluar dari bekas marinate tu, bau dia... Peeerrrggghhhh... Sedap baq hang! Lapik dulang pembakar dengan aluminium foil. kemudian susun la comel-comel.



Dah susun comel-comel, kita balut dia dengan 1 lagi aluminium foil. Tutup ketat-ketat, then cucuk ats foil tu sikit bagi ada ruang udara untuk ayam tu bernafas.

Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree celcius selama 30 minit dan hasilnya akan memukau anda.. 


Hasilnya bila anda menikmati, tak terkata gitu. Alhamdulillah walaupun first time buat menjadi. Syukur. Happy rasanya bila dapat kurangkan beban mak duk buat assignment dengan aku masak kat mak. Sekali sekala kita meringankan beban parents kita. Happy bila tengok muka masing-masing berselera makan. Abah dengan adik siap tambah 2 kali. Adik aku yang selalu kutuk masakkan aku, terus makan dengan diamnya.
Alhamdulillah..




Terima kasih jugak pada pemberi-pemberi resepi walaupun aku tak kenai depa. Lepas ni ingat nak buat cannelloni. Stay tuned.

Assalamualaikum...

Monday, July 21, 2014

Malaysia Airlines

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2014 ni merupakan tahun yang mencabar bagi kita Malaysia. Kita diduga dengan kes kehilangan MH370 dan baru-baru ni ditambah dengan misteri ditembak jatuh MH17. MAS la yang paling kena hentam teruk, dikatakan teruk la, macam-macam la..

Tapi tujuan aku menulis blog ni bukannya sebab nak cerita pasal dua kes yang tragis tu, tapi aku sebagai seorang rakyat malaysia dengan bangganya aku nak menceritakan mengenai penerbangan Malaysia yang aku kagumi.

Well.. Masa nak balik dari Shah alam ke kedah setelah tamat belajar, aku mengambil pilihan untuk menaiki MAS walaupun time aku beli tiket tu aku ragu-ragu, takut nanti kapa terbang tu hilang tapi kalau dah memang Allah takdirkan kita mati dengan cara tu, apa kita boleh buat. Kita tak mampu nak lawan takdir.

Jadi aku nak cerita la pengalaman pertama aku menaiki MAS. Masa first time aku naik flight tahun 2011, masa tu pi Medan, Indonesia, aku dah set aim yang aku nak naik semua penerbangan yang ada kat Malaysia ni. Tapi aku naik untuk domestik je la. International next time, Insya Allah.


Hasil selama 3 tahun ni untuk memenuhi impian aku. Alhamdulillah diberi rezeki untuk naik..

Aku pernah la pi KLIA  tapi tu pun pi untuk menghantar orang tak pernah la pulak pi untuk nak naik kapal terbang. Aku ni jenis suka mencuba. Benda-benda baru ni aku suka sangat nak cuba walaupun aku tak tau apa yang akan jadi lepas tu. So, sampai KL Sentral, aku terus pi balai Pelepasan KLIA Express. Kalau daru Nu Sentral, dia ada sebelah kiri. Sampai tu je terus la aku beli tiket. 


Tak dak la mahal sangat. berbaloi la untuk perjalanan cepat dalam masa yang singkat. 160 km/jam dalam masa 25 min.


Lepas beli tiket, dia akan bagi kad ni. Kita scan kad ni dekat entrace masuk dia, lepas tu turun kat bawah and tunggu train. Dalam 5 minit tunggu macam tu, sampai la train tu. Masa naik dalam train tu, aku duk sebelah seorang pak cik ni. Gaya dia macam businessman. Dia heran la aku nak pi mana dengan 2 beg besaq sorang-sorang, dia tanya aku, aku pun jawab la yang aku nak balik kampung. Dia kagum sebab jarang nampak orang perempuan independent gila cari jalan pulang endiri. Well pak cik, perempuan dah maju sekarang.

Samapi ja dekat KLIA tu, kena naik lif tingkat 5 sebab balai berlepas dekat tingkat 5. Disebabkan aku bawa 2 beg besaq, so aku pun ambik la troli. Nasib baik la lif tu besaq, boleh muat troli tu. Sampai ja aku terus cari security check untuk bagasi sebab kalau airport len semuanya kena check security dulu kan, ni tak payah. Terus ja aku pi ke kaunter check in bag. Nasib baik dia bagi 30 kg sebab 2 beg aku tu pun dah 26 kg. 1 fakta baru yang aku dapat tau ANDA BOLEH CHECK IN TANPA PERLU PRINT IN YOUR BOARDING PASS.. Yess.. That's true BUT YOU HAVE TO CHECK IN VIA INTERNET, MOBILE OR AT KIOSK YANG ADA DISERATA KLIA TU.. Yang pasti bagi IC ja. Nanti dia akan process, then dia akan bagi tiket keras macam ni.



Merasa la jugak dapat tiket flight keras lagu ni. Sebelum ni dapat kertas print ja. Dah check in tu aku terus pi jalan sekitar-sekitar KLIA tu. Saja tengok-tengok pemandangan. Then masuk waktu Asar, aku terus pi surau. Allahuakbar, cantik dan besaq surau dia. Alhamdulillah, nak solat pun tenang. Kebetulan surau tu dekat anjung tinjau. So, lepas surau tu aku tengok la flight-flight berlepas. Sementara nak tunggu flight aku.


Flight aku dalam 7.50 malam, so aku sempat la solat maghrib dengan buka puasa. Then kita kena masuk ke balai menunggu sebelum masuk dalam airplane. Cantik balai menunggu dia.. Tapi aku punya gate jauh nak mampuih. A6. Penat aku berjalan. nasib baik ada eskelator yang bergerak tu, jadi memang aku naik eskelator tu je la. Tak larat nak jalan dah.


Then bila dia dah bagi masuk tu, cepat-cepat la masuk dalam kapal and apa yang bestnya ialah tak payah nak jalan di lapangan untuk naik kapal terbang sebab sebelum ni kena jalan tengah-tengah lapang baru boleh naik kapal. Ni kau jalan nak masuk flight pun ada aircond. Kelas kau jahh!!





Masa masuk kat pintu tu pramugari terus bagi kurma dengan air kosong. So aku pun masuk la dalam flight. 3 barisan kat depan tu untuk business class punya. Belakang tu baru economy class punya. Rezeki aku duk sebelah lelaki ni pegang anak. Paham-paham je la situasinya macam mana. Sebelum nak berlepas selalunya ada demonstrasi keselamatan tapi kali ni depa tunjuk dekat tv ja. So pramugari tak payah buang tenaga bebel. Flight aku 50 minit ja tapi aku dapat kacang and 1 gelas air oren. Not bad la for 50 min flight.

Service yang depa bagi memang perfect sekali. Insya Allah aku akan naik lagi MAS ang maybe nesxt time I'll bring my parent too. Insya Allah..



Sunday, June 29, 2014

Ice Skating @ Sunway Pyramid Ice

Assalamualaikum..

Dah lama gila aku tak update.. haha.. agaknya mesti hampa dah tau dah alasan aku pasai apa tak update blog ni dah lama.. haha.. So, disebabkan tahun ni merupakan tahun terakhir aku sebab pelajar di perantauan (perantauan ka? Shah Alam ja pun), so aku nak merasa la segala aktiviti yang tak dak kat Kedah and aku nak merasai la aktiviti tu..

Sebenarnya Kak Lina la orang yang mencadang untuk pi main ice skating ni. Sebab dia dah pernah main dah. So cincai2 kami pun join la. Disertai oleh kami 4 orang daripada 6 orang. malangnya kak Min dengan Azyan ada hal pulak.



First masuk lepas beli tiket, depa akan bagi wrist band ni. So pakai la sebab nak masuk tu kena scan wrist band ni. Kat situ tulis VIP sebab time yang kami masuk tu harganya VIP. kalau tak silap harga dia RM35 kut. Time kami masuk tu pukul 5 petang macam tu la.


Ni kaunter tiket dia.. 


Then kena pi dekat bahagian skates corner tu and ambik kasut. jangan risau kalau hampa tak tau saiz kasut hampa sendiqi, kat situ ada tempat untuk mengukur saiz kaki. jadi tak payah risau nak pikiq saiz kasut bagai.


Well, that's my shoe baby!


Maka dengan itu, mula la aktiviti memakai kasut berjemaah. Susah gila kut nak pakai kasut ni. Dah la besaq, gabak pulak tu.






Nak masuk situ kena ada stokin dengan sarung tangan. Better bawa sendiqi daripada nak beli kat situ. Mahai! Aku pun beli kat daiso ja. Murah. RM5 ja.. Hehe..


Disebabkan susah sangat aku nak pakai kasut tu, aku suruh kak Lina tolong pasangkan. 


Then hasilnya.... Begini la..



Very the pink aku hari tu. Baju, tudung, gloves dengan stokin, semuanya pink! Ahaks much!



Muka-muka sebelum nak skate. Ambik gambaq banyak-banyak dulu baqu boleh pi skate. Aku prefer duduk sebab kasut tu ada besi kat tengah kaki kita. So kalau berdiri lama-lama memang sakit la kaki tu.




Ni masa dalam Gelanggang Ais tu. Ambik gambaq kat pintu ja sebab kat dalam tu tak boleh ambik gambaq sendiri. kalau nak ambik pun kena pandai-pandai curi-curi ambik la.


  
With beloved Kak Lina..








Apa yang aku boleh conclude ialah susah gila men ice skating ni. Seolah-olah patient stroke cuba nak berjalan balik. Sepanjang dalam gelanggang tu, aku duk main kat tepi ja. Duk pegang segala apa yang boleh pegang la sebab aku tak mau jatuh. kalau jatuh, naya nak bangun balik. So lebih baik elakkan daripada jatuh.

Bagi hampa kalau nak pi main Ice Skating ni better hampa ambik kelas dia dulu sebab bila hampa men tanpa tau apa-apa, hampa akan rasa rugi bayaq sebab just duduk pegang-pegang sebab nak elak bagi jatuh, sedangkan orang len duk skate dengan jayanya.

Tu je la cerita aku untuk hari ni. Lagi 2 minggu aku akan penuhkan blog ni dengan cerita throwback yang dah berpa kurun aku nak cerita tapi tak dicerita-cerita. Apa-apa pun, wish me luck on my professional exam and we see again in 2 weeks time.

Till then, good bye and thanks for reading my blog.

Wasalam..